Dalam laman Free Malaysia Today dipaparkan identiti wanita yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam satu forum bertajuk : ““Islamic state: Which vision? Whose responsibility?”, tempoh hari.
Respon ahli parlimen itu telah mencetuskan kontroversi sehingga mengakibatkan beliau terpaksa beri penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya maksud ulasan beliau itu.
Respon ahli parlimen itu telah mencetuskan kontroversi sehingga mengakibatkan beliau terpaksa beri penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya maksud ulasan beliau itu.
Siapakah wanita itu? Namanya Siti Kasim seorang peguam yang merupakan ahli jawataknuasa hak asasi Majlis Peguam.
Soalannya menurut pengakuan beliau adalah: ……. whether freedom of religion should be extended to the Malays….( samada kebebasan agama boleh terpakai ke atas orang-orang Melayu)
Kalau soalan itu diajukan kepada saya, sudah pastilah jawapannya TIDAK kerana ayat:
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” al Baqarah : 256
hanya merujuk kepada mereka yang belum Islam yang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam facebooknya:
Ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.
TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.
Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?
Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??
Semoga jelaslah semua pihak yang perlu dijelaskan. Semoga jangan diulangi kenyataan-kenaytaan yang Cuma boleh memerangkap dan merugikan diri dan agama kita. Roslan SMS
Utusan online melaporkan saya menempelak YB Nurul Izzah.
Sebenarnya tidak. Saya tlah sebut dlm tweet sy semalam bhw kita harus trm penjelasan beliau yg menafikan tafsiran media terhadap ucapannya. Apabila tuan yang berkata menafsirkan maksud katanya, mengapa lagi kita nak nafikan haknya utk menafsirkan katanya sendiri.
Mmg ucapan ringkasnya kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya sendiri itu adalah penyelesaian dan jawaban.
Ia tak macam org kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud Pas!! Itu tetap kecam hudud!
Tulisan saya berkaitan hak beragama di FB smlm adalah sekadar memahamkan isu. Ia atas permintaan. Saya rasa ia masa sesuai untuk tulis. Ia adalah amat berguna walau ringkas insya Allah. - Nik Abduh
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment