Suspek KRITIKAL, 2 Inspektor POLIS DITAHAN
Anggota polis melindungi inspektor yang disyaki terlibat setelah keluar dari Mahkamah Majistret, semalam.
Anggota polis melindungi inspektor yang disyaki terlibat setelah keluar dari Mahkamah Majistret, semalam.
KUCHING: Dua pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan reman selama tiga hari bermula semalam kerana disyaki menyebabkan kecederaan kritikal ke atas seorang suspek yang berada dalam tahanan polis.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, pihaknya juga sedang mendapatkan kenyataan daripada pasukan polis yang terlibat dalam tangkapan ke rumah suspek di Petra Jaya sekitar jam 4 petang, Ahad lepas bagi membantu siasatan.
Suspek yang dikatakan tidak sihat ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, menurut Acryl, dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan pemeriksaan mendapati suspek mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan pada 6.30 petang kelmarin.
“Saya mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak mengenal pasti punca suspek cedera serius yang tidak sepatutnya berlaku.
“Kita mahu tahu bagaimana (keadaan) suspek yang tidak serius (ketika ditangkap) menjadi serius dan kita khuatir ada perkara tidak sepatutnya berlaku, tetapi kita sedang kenal pasti siapa bertanggungjawab serta bagaimana ia berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Zulkifli Hassan.
Acryl berkata, dua pegawai polis berusia 30 dan 32 tahun ditahan sekitar 6 petang kelmarin bagi membantu siasatan ke atas punca kecederaan suspek, yang mana setakat berita ini ditulis petang semalam, dalam keadaan kritikal.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan awam serta tidak akan berkompromi sekiranya benar dua pegawai terbabit bertindak di luar batasan.
“Kita akan bersikap telus dalam siasatan ini supaya tidak timbul spekulasi,” jelasnya.
Kredit : Borneo Post
Lanyak sampai koma
TUTUP...suspek dikawal ketat memasuki kereta selepas direman.
PARAH...mangsa koma dibelasah.
KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.
“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan. HM
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment