Tuesday, November 6, 2012

Panas!! Giliran Dompok Pertikaikan Usaha PAS Laksanakan Hudud

Dompok telah mempertikaikan usaha PAS untuk melaksanakan Hudud dan menyifatkan usaha PAS itu sebagai melanggar syarat perjanjian pembentukan negara Malaysia serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan jika ingin diteruskan juga.
Dalam konteks ini, Hj. Hamzah menyangkal fakta Datuk Bernard dan menyifatkannya sebagai tidak rasional.

"Keutamaan PAS Sabah bukan soal hudud, tetapi prioritas PAS ialah memberikan keadilan dengan mengembalikan segala hak asasi rakyat Sabah yang telah dirampas dan dinafikan oleh UMNO/BN. Itu saya kena tekankan terlebih dahulu. Memperjuangkan keadilan itu juga adalah sebahagian dari prinsip Islam, tetapi itu tidak bermakna yang kami boleh duduk membisu jika syariat agama kami diperlekeh oleh mana-mana individu," tegas Hj. Hamzah dengan nada serius.

Beliau seterusnya menambah, "adalah amat malang sekali kerana para pemimpin komponen BN semacam menjadikan satu trend untuk membelasah dan menghina 'Islam' ketika merasmikan sesuatu agenda parti mereka."

Dikatakan, beberapa hari lepas, Presiden MCA menghina Islam ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA, kini giliran Datuk Bernard Dompok pula menghina Islam dalam ucapannya ketika meresmikan konvensyen UPKO di Kota Kinabalu pada Ahad lalu.

"HUDUD telah termaktub lama sebelum wujudnya negara bernama Malaysia. Hudud adalah ciptaan Allah dan ia bukan barangan yang boleh dijadikan bahan tawar menawar untuk mencapai sesuatu matlamat," demikian tegas Hj. Hamzah dalam reaksinya terhadap kenyataan Presiden UPKO, merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Bernard Dompok, sebagaimana yang tersiar dalam akhbar kelmarin.

"Kalau Dompok berhujjah soal Perlembagaan Persekutuan yang menghalang usaha PAS itu, maka saya nasihatkan Datuk Bernard supaya merujuk Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 (1) dan (2) serta Artikel 11 (1) yang secara jelas menyebut bahawa "tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dengan bebas".

Artikel ini secara tegas memberi isyarat bahawa bagi mana-mana orang Islam, yang mengaku beriman, mengamalkan syariat agama itu adalah tidak terlarang, tegas Hj. Hamzah.

"Oleh kerana syariat hudud itu adalah wajib ke atas orang beriman, maka "menolaknya hanya menjadikan seseorang itu terjerumus ke dalam kesesatan yang nyata (al ahzab:36)", demikian peringatan yang dibuat oleh Hj. Hamzah kepada setiap umat Islam yang mengaku beriman dengan ajaran Islam.

Dompok juga menyebut kes penolakan ke atas Hudud oleh Tun Dr. Mahathir yang menyifatkan Hudud itu sebagai tidak adil. Beliau memetik contoh yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir di mana jika terdapat dua orang; seorang Muslim dan seorang Kristian - melakukan jenayah, orang Kristian tersebut akan dibebaskan sementara orang Islam akan dipotong tangannya.

Hj Hamzah membalas logik ini dengan menyatakan, "bukankah Dompok sendiri mengakui, dengan beliau berpegang kepada logik ini, bahawa orang bukan Islam tidak tertakluk kepada Undang-Undang Syariah?"

Jadi, kalau demikianlah halnya, soal Haji Hamzah, mengapa pula Dompok mesti menyibuk soal hudud yang merupakan hal rumahtangga orang Muslim?

"Kenapa Dompok tidak menentang hukuman gantung sampai mati ke atas kesalahan mengedar dadah dan juga hukuman sebat ke atas pesalah jenayah rogol? Hukum gantung sampai mati itu lebih kejam dan tidak bertamaddun, sementara hukuman sebat itu mempunyai unsur-unsur hukuman hudud juga," tanya beliau selanjutnya.

Hj. Hamzah selanjutnya menasihatkan pihak tertentu agar tidak mencampuri urusan umat Islam kerana mereka tiada kena mengena dengannya.

"Hormatilah hak kami dan agama kami, sebagaimana kami juga tidak pernah mencampuri urusan agama orang bukan Islam", pinta Hj. Hamzah dengan nada merayu. - Sumber .. SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular