Negeri Sembilan di ambang perubahan politik
SEREMBAN: Ketika para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di sebuah padang usang di Taman Seremban Jaya, Senawang, di tengah-tengah bandar Seremban dianjurkan konsert khas.
SEREMBAN: Ketika para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di sebuah padang usang di Taman Seremban Jaya, Senawang, di tengah-tengah bandar Seremban dianjurkan konsert khas.
Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu dianggap cuba mengalihkan perhatian masyarakat negeri ini dari tertumpu ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan kira-kira 10 km dari situ.
Promosi program ini bukan calang-calang. Bannernya dipasang seluruh bandar Seremban kalau tidak seluruh Negeri Sembilan pun. Ia ada di merata-rata tempat di bandar Seremban ini termasuk di pokok-pokok di dalam hutan taman rekreasi.
Di Senawang, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula sejak jam 3 petang lagi. Ia bermula dengan perarakan masuk rombongan bermotosikal Pemuda Pakatan Rakyat.
Pentas utamanya dibina dari lori kontena yang dimiliki oleh DAP. Pada malamnya, bas dua tingkat Jelajah Rakyat PKR turut serta di Senawang.
Dengan hujan yang turun renyai-renyai dan kadang-kadang lebat di bandar Seremban, kedua-dua program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak yang bertentangan ini cuba menarik perhatian rakyat negeri ini.
Negeri Sembilan mendapat perhatian peminat politik apabila kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak mempunyai kuasa 2/3.
Dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi yang ditandinginya, PKR menang empat dari 12 kerusi manakala PAS menang satu dari 13 kerusi yang ditandingi.
Di peringkat Parlimen pula, DAP mendapat dua kerusi Parlimen manakala PKR mendapat satu dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini.
Ini bermakna, Pakatan Rakyat hanya memerlukan empat kerusi DUN sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN Negeri Sembilan itu.
Inilah yang merisaukan BN. Apabila Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan bersama mereka di Senawang mulai petang ini, BN dipercayai di belakang konsert nyanyian yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu.
Namun terbukti, yang sehati sejiwa adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat apabila rakyat berbilang kaum bersatu hati di sebuah padang usang di Senawang itu.
Pelbagai jenis permainan dan persembahan rakyat di persembahkan di majlis itu bukannya melibatkan artis Melayu sahaja sebagaimana yang berlaku di padang MPS itu tetapi juga penyanyi Cina, India dan artis-artis baru yang menyertai Pakatan menyerikan majlis ini.
Di samping itu, pelbagai jenis kesenian rakyat pelbagai kaum dipersembahkan di majlis ini.
"Jika 45% pengundi Melayu di Negeri Sembilan memihak kepada Pakatan kali ini, Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Rosli Yaakob, AJK PAS Pusat yang ditemui di Senawang petang tadi.
Dalam PRU 2008, 35% pengundi Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat manakala 65% pengundi Cina memberikan undi kepada Pakatan.
Bagi Dr Rosli, angka 45% sokongan pengundi Melayu tidak lagi mustahil dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, angin perubahan bertiup kencang di Negeri Sembilan ini.
"Jika pengundi Cina boleh memberikan undi sehingga 80%, ketika itu bebanan untuk mendapatkan undi Melayu semakin kurang," kata Dr Rosli yang pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara itu.
Apakah PAS mampu memberikan sekurang-kurangnya empat lagi kerusi untuk menjatuhkan BN itu? Dr Rosli dengan penuh yakin, ia boleh dilakukan.
Hendak atau tidak, nampaknya Kerajaan BN akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang. Soalnya di mana orang Melayu Negeri Sembilan ketika itu?
Untuk memastikan kerajaan ini stabil nanti, pengundi Melayu perlu mengundi PAS. Jika itu yang mereka lakukan, negeri akan stabil dan semua pihak akan mengecapi nikmat perubahan ini. - Harakah
Walaupun hujan turun dengan lebatnya mulai jam 6.30 ptg sehingga jam 9.00 mlm, namun ribuan rakyat tidak berganjak dari tempat duduk, untuk mendengar amanah dari para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!
Walaupun hujan turun dengan lebatnya mulai jam 6.30 ptg sehingga jam 9.00 mlm, namun ribuan rakyat tidak berganjak dari tempat duduk, untuk mendengar amanah dari para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Gambar2 Dan Video
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment