Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.
Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir.
Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir. Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.
Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican. Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas.
Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010.
Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib.
Persoalan yang timbul disini ialah mengapa Najib tetap bertegas mahu pasukan ‘Formula One’ pilihanya ditaja oleh Petronas dan mengapa juga Najib tetap bertegas mahukan Syarikat yang tidak berpengalaman dalam industri minyak dan gas diberikan kontrak oleh Petronas? - mediaperak
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment