Tiada lagi tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap maahad yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan, namun Utusan Malaysia sudah menyiarkan artikel yang mencetuskan persepsi buruk kepada institusi pendidikan agama di negara ini.
Jika benar sumber risikan itu memperoleh bukti seperti yang dinyatakan, mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil?
Belumpun reda isu kartun hina ulama dan hudud, tulisan yang disiarkan pada halaman hadapan akhbar milik UMCO ini hanya memburukkan nama sekolah agama.
Belumpun reda isu kartun hina ulama dan hudud, tulisan yang disiarkan pada halaman hadapan akhbar milik UMCO ini hanya memburukkan nama sekolah agama.
Artikel yang memetik kata-kata Menteri Agama UMNO pula mengatakan sebaliknya. Kata Jamil Khir, tiada sekolah agama di negara ini merekrut pelajar sertai JI. Siapa yang kelentong? Siapa pembohong? Siapa yang berniat jahat?
Kita wajar mendesak Utusan mendedahkan sumber maklumat artikelnya dan meminta mereka mengemukakan bukti dan bukannya menulis sehingga memburukkan institusi pendidikan agama yang menjadi anutan sebahagian besar warga akhbar ini.
P/s: Mereka tibai Kristian, Cina, ulama, hukum Islam, pemimpin PR, institusi pendidikan agama. Mengapa dan untuk siapa? Anda tentu tahu jawapannya!
No comments:
Post a Comment