Saturday, June 25, 2011

Lagi Pemakai T-SHIRT KUNING diTahan Polis..


Pakai t-shirt kuning, 5 anggota AMK Kapar pula ditahan polis

KLANG: Lima anggota  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt  berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0.

Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya.

Empat daripada mereka  memakai T-Shirt sempena Perhimpunan Bersih 2.0 manakala seorang lagi yang belum dikenali cuma memakai baju kuning tanpa logo Bersih.

Ketika ditahan sekitar jam 5 petang, mereka sedang menunggu kedatangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Klang Parade untuk berbincang mengenai program berkaitan Bersih.

“Ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ini bukan pertama kali Bersih mengadakan perhimpunan, mengapa belum pun bermula, tangkapan sudah dibuat?” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini. - KD


 Charles Santiago 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular