Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Gempaq!! Timbalan PAN 'Hilang Ingatan'

MANA SIFAT AMANAH TIMBALAN PAN KELANTAN

Meneliti posting Che Ibrahim Mohammed dalam media maya yang mempertikaikan kedudukan Datin Sabariah isteri kpd Arwah TgNA dalam PAS, Che Him dilihat amat Tidak Amanah Lagi Tidak Bertanggung Jawab

Che Him sebagai orang Arif Tentang Agama seharusnya berusaha memimpin laskar bawahan untuk memberi penjelasan, membangkitkan rasa tanggung jawab serta rasa amanah dikalangan laskar.. namun Che Him dilihat telah merendahkan taraf dirinya pada kelas laskar bawahan apabila gagal mengawal sifat GOPOH dan tidak berhati-hati.

Jika satu sahaja posting bolehlah di terima khilafnya, sebaliknya lebih 3 komennya di kesan.

Begitulah apabila menentang arus, ALLAH letakkan kehinaan kepadanya.

Che Him, elakkan diri anda dilihat seperti keldai tunggangan PAN.

Sila teliti kedudukan Datin Sabariah sbg muslimat dan aktivis PAS;

1. Muslimat PAS Pengkalan Chepa sejak 90an

2. Exco Muslimat PAS Kelantan

3. AJK Muslimat PAS Kawasan PAS Pengkalan Chepa

4. AJK Muslimat DUN Chempaka.

Maka, berdasarkan kedudukan beliau yg merupakan AJK, EXCO & AHLI PAS, bagaimanakah dakwaan songsang Panglima PAN ini terhadap Datin Sabariah? 

Layakkah kata2 seumpama ini dikeluarkan oleh individu berkedudukan panglima dlm PAN?

"Cari la wanita2 atau muslimat yg telah bertungkus lumus utk Pas nak buat contoh pun, Datin Sabariah tidak pernah jatuh setitik peluh utk Pas, bakpo nak heret dia dlm kemelut Pas?"

Untuk peringatan Che Him, Datin Sabariah merupakan kekasih hidup ATGNA yg bersama2 susah & senang dgn ATGNA? Siapa yang menjaga ATGNA? Siapa yang sentiasa menjadi pendamping kpd ATGNA di saat ATGNA kepenatan, kelelahan dlm berjuang utk PAS jika bukan Datin Sabariah yg merupakan teman setia kpd ATGNA?

Justeru, jika masih merasai sebagai seorang  mukmin, sebaiknya Che Him MEMOHON MAAF atas sikap gelojoh tersebut.

Buat Ybhg Datin Sabariah,
Masih ISTIQOMAH dan InsyaAllah hingga ke mati.

Muhasabah Sebelum Rebah.

Wallahuaklam.

HASSAN TSABIT II
Medan Ilmu TTDI
18/08/16

Monday, August 15, 2016

Pemfitnah hidup aman, mangsa tanggung beban

Sudah menjadi kelaziman, fitnah bertebaran tanpa sempadan yang akhirnya mendatangkan beban yang tidak bertepian kepada mangsa sepanjang zaman.Fitnah, seperti strategi ‘tembak dan lari’ (hit and run). Pelurunya paling tidak mengena tepat, tempiasnya sudah cukup mendatangkan azab.

Terpalit imej, maruah dan lukanya juga calar kepada anak isteri, kumpulan ataupun organisasi.

Dalam banyak peristiwa atau kes, lazimnya pemfitnah terlepas dan mangsa terus ‘lemas’. Bukan setakat isu negara yang lebih besar, tetapi merebak kepada isu terpencil melibatkan hal-hal kaum kerabat dan rakan-rakan sepejabat.

Dikatakan yang membuat angkara, jiran terdekat atau yang kenal rapat atau dituduh pengampu atau bersilat untuk mendapatkan pangkat.

Semuanya, tanpa bukti namun yang terpaksa berdepan ialah mangsa. Terpaksa tepis sini sana.

Menjawab dan berhujah dengan pelbagai surah. Dan seandainya sudah diberi penjelasan dan wujud kebenaran berpihak kepada mangsa, penfitnah pula tidak dibawa ke muka pengadilan. Terus hidup secara aman dan mungkin bercita-cita mengulangi kesalahan yang melanggar amaran Tuhan.

Budaya fitnah ini lebih kejam, apabila mangsa pula kemungkinan boleh menggunakan semula fitnah ini untuk melakukan dosa besar yang lain dengan menyatakan bahawa ini juga adalah fitnah seperti yang pernah dituduh sebelumnya. Fitnah amat bahaya, buruk untuk pelakunya, hodoh untuk mangsanya.

Selain mengguna kayu ukur dalam menyebar berita atau menerima sesuatu berita serta cerita seperti disebut dalam surah Surah Al-Hujurat ayat 6. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Penyebar berita seperti wartawan, pengarang, penulis atau pembaca, juga tidak terlepas dengan anjuran agama supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menimpa musibah di kemudian hari seperti petikan: “Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya...” (Surah Baqarah ayat 282).

Janganlah menjadi pemfitnah yang akhirnya menempah diri ke neraka dan membuatkan mangsa teraniaya dan bukan sahaja perlu menghindari budaya fitnah tetapi perlu mengelakkan juga perlakuan yang ‘mengundang’ fitnah yang akhirnya menjadi penyebab murka Allah. Seperti berlegar-legar di depan kedai judi nombor ekor meskipun tidak membelinya.

Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. ~Editorial Harakah

Saturday, August 13, 2016

Fitnah: PAS akan saman Sarawak Report

KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan yang dikeluarkan oleh portal Sarawak Report yang mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada tunjang perjuangan PAS.

Pengumuman tersebut dibuat pada hari ini oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada sesi sidang media selepas mensyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bertempat di Pejabat Agong PAS.

"Kita akan membuat keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah di England kerana difahamkan media ini adalah berpusat di England," kata Presiden PAS.

Perkembangan tindakan tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa dan dijangkakan ia akan difailkan dalam jangkamasa terdekat ini.

PAS akan guna khidmat Peguam Diraja di London

NUR HASMIRA MOHAMAD | 13 Ogos 2016.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agong PAS,  Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media Pengumuman Pengisytiharan Nama, Pendekatan dan Teras Perjuangan pada hari ini berkata PAS telah mengenalpasti badan Queen's Counsel (Q.C) atau lebih dikenali sebagai Peguam Diraja di London untuk membantu membawa kes laporan Sarawak Report ke mahkamah di England.

"Kita telah mengenal pasti Queen's Counsel (Q.C) iaitu Peguam Diraja di London yang pernah ada hubungan dengan kita (PAS) berhubung kes-kes sebelum ini dan kita jangka dalam waktu terdekat kita akan kaji dan failkan kes ini ke mahkamah, waktu terdekat itu ialah dalam tempoh satu bulan," kata beliau.

Q.C yang dimaksudkan adalah badan terkanan dari England yang suatu masa dulu pernah membantu PAS menyelesaikan kes berhubung dakwaan mengenai Tuan Guru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pengganas.

"Ya, badan tersebut adalah orang Britain kerana pusat media Sarawak Report adalah di England, jadi kita memerlukan khidmat dan bantuan mereka," kata Takiyuddin.

Dalam satu kenyataan lain Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengesahkan berita tersebut.

"Alhamdulillah. Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan di dalam Mesyuarat PAS Pusat bersetuju untuk saman Sarawak Report. Insya-Allah, Tuan Guru akan berhubung dengan peguam di UK yang membantu kes saman TGHH satu ketika dahulu. Jangan lupa kita terus berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran dan membalas kerja buat Sarawak Report dan sekutunya," kata Idris. –HARAKAHDAILY 13/8/2016


Tuesday, August 6, 2013

Ahli Parlimen Seputeh @teresakok Jadi Mangsa Fitnah Macai UMNO

Ada juga puok2 menabur fitnah di bulan Ramadhan ini. Dh x der modal la tu nak menabur fitnah sehingga sanggup memfitnah kpd yg bukan Islam. Terasa malu dgn perangai org yg d katakan berakidah tauhid sanggup buat fitnah d bulan yg mulia ini... Kalau otak dh berkarat dgn fitnah lucah, sex & dengki tak kira bula puasa atau tidak tetap juga ada... ~Arabic~

Wednesday, July 31, 2013

Apa untung nak bunuh karakter saya?

Fitnah Semakin Marak
1. Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?

Sunday, July 28, 2013

Kehebatan Anak & Menantu dalam PAS

1. Sebentar tadi saya menerima e -mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak .. Jgn TERPENGARUH dgn tuduhan melulu dan fitnah terhadap tuan Guru Hj Hadi Awang

Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS. Parti yang memperjuangkan Islam sejak sebe,um Merdeka ini lagi dikenali samada oleh kawan atau lawan sebagai sebuah parti orang baik-baik, keranan bukankah sepatutnya begitu lantaran yang diperjuangkan parti ini adalah Islam.

Friday, July 5, 2013

Lagi fitnah zalim terhadap DAP: Melayu diajak benci Melayu?

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu menampal poster fitnah terhadap bekas calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim, dan menyifatkannya sebagai satu ancaman politik yang tidak sihat.

Tuesday, June 25, 2013

Waspada Usaha Pecahkan PR

BN menyedari bahawa parti politik ‘pembangkang’ yang bersendirian tidak akan mampu mencabar kedudukan mereka sebagai pemerintah Negara Malaysia. Ini adalah di antara sebab mengapa mereka telah berjaya memerintah Malaysia sekian lama dan menikmati majoriti 2/3 di Parlimen sepanjang masa mereka memerintah. Sepanjang masa, hinggalah pada Mac 2008!

Saturday, June 22, 2013

Rafizi akan SAMAN atas Kenyataan Fitnah : Dulu Molotov Koktail.. sekarang dituduh akan "Provok Polis" dan Bertempur dgn pihak Berkuasa pulak


Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok.

Friday, May 10, 2013

Salahudin di Fitnah ... Sebarkan!!


Telefon bimbit Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dicuri, ada orang guna telefonnya untuk menghantar mesej berikut:
"CINA TELAH CUBA TOLAK KUASA MELAYU TETAPI GAGAL。“CHINESE ARE NOT THE KING MAKER”SEKARANG MASA MELAYU BERSATU UNTUK AJAR CINA。SEBARKAN!"

Jangan percaya khabar angin tersebut. Sila sebarkan.

Tuesday, April 9, 2013

BONGKAR!! BENARKAH ADA PERANCANGAN KES LAHAD DATU DIBINCANGKAN..?!!! (VIDEO)

Minit Mesyuarat Kumpulan KHAS Di Ketuai Oleh Bapak Syaitan Untuk Hancurkan Anwar Tersebar

Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba
Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Friday, March 8, 2013

Tajuk Berita Berniat Jahat, The Star Diminta Tarik Balik Laporan

SHAH ALAM 7 MAC : Akhbar The Star digesa menarik balik serta merta dan membuat permohonan maaf atas berita yang bertajuk ‘Selangor MB slams Tian Chua’ muka surat 12 hari ini.

Friday, January 11, 2013

Isu tangkapan kes rasuah pembantu khas TKM (1) Penang putar belit media.. propaganda Utusan Syaitan, TV3 suku untuk PRU13

SAYA adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.

Sunday, December 2, 2012

Isu Berita Tuan Guru Nik Aziz Masuk ICU : 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'

Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Monday, November 26, 2012

Apakah Media UMNO/BN gila khinzir!! .. Aibkan "ARWAH" bagi melariskan jualan???


Kosmo didakwa fitnah dan aibkan arwah seorang gadis
PORTAL Kosmo, menyiarkan kisah seorang gadis remaja berumur 16 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan apabila menyelinap keluar dari tingkap biliknya kerana terdesak untuk bertemu kekasih rujuk sini [kosmo].

Tuesday, October 9, 2012

Apa??? Mat Sabu kena pukul !!!

Dakwaan blogger puak Setan Dikenali bahawa Mat Sabu dipukul adalah BOHONG!!!

Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul
GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau di tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."

Selepas puas memfitnah PAKATAN mempolitikkan Masjid kini Utusan beralih ke GEREJA pulak..

Dua paderi mahu Utusan Malaysia mohon maaf kerana memfitnah
KELMARIN Utusan Syaitan dalam edisi hari minggunya melaporkan berita kononnya pihak gerejmeminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular