Thursday, June 23, 2011

Meletup gila.. Blogger UMNO langgan pelacur????

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Petikan dari blog UMNO @ UMCO:

Saya ingin bertanya pada PAS Kedah, sejak bila Kerajaan PAS "Sejahtera" Kedah menternak pelacur di Alor Setar? Dah lama ke buat kerja ni? Sejak bila? Sejak ambil alih Kedah dari BN? Inikah maksud disebalik "Sejahtera" PAS Kedah tu?


Sebenarnya tak payah jawab tuduhan tu, bila kerajaan dituduh ternak pelacur maka hanya orang yang berfikir menggunakan pungkok sahaja iaitu para penganut UMCO tulen sahaja yang akan mempercayainya. UMNO yang tak tulen pun tak percaya.


MK dan rakan-rakan yang terpinggir dalam dunia maksiat ni mengakulah dengan rendah diri tidak tahu menahu akan aktiviti pelacuran tu. Orang yang tahu akan aktiviti pelacuran biasanya pelanggan-pelanggan pelacur sebab dalam bilik tertutup tu, takkan pasangan yang dok buat kerja tu nak panggil orang ramai-ramai suruh tengok depa. Maknanya pelanggan dan pelacur sahaja yang tahu. Maknanya jugak.. ehh blogger UMCO tu langgan pelacur??? Eh, tak, tak, aku tak tuduh...

Macam niilah, blogger UMNO yang bernama Alkisah Aloq Staq dan Kedah Times, kalau betul hangpa tau ada aktiviti pelacuran pi report dekat polis (kalau bab bantah Bersih bukan main pandai buat report) dan juga Pejabat Agama, tentu depa akan ambil tindakan. Hangpa yang dekat dan biasa dengan pusat pelacuran tu kena bagi kerjasama laa. Mana ada tok-tok lebai PAS pi dok melewark kat rumah pelacuran, orang PAS tak tau sungguh bab-bab maksiat.. hanya lalat hijau yang tau kat mana ada najis.

Bila tercetus isu pelacuran ni yang disalahkan karaoke. Penin jugak UMNO ni. Yang betulnya pusat karaoke tu disalahgunakan untuk aktiviti haram yang lain. Pejabat Daerah luluskan lesen premis niaga, mana ada depa luluskan pusat pelacuran.

Dalam paper selalu siar kes dadah di Perlis, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan semua negeri BN, takkan kita nak kata 'tengok, kerajaan BN galakkan dadah'... Maaflaa MK nak kata beberapa patah dekat bloggers UMNO semua 'Hangpa ni tak cerdik!!! tak reti pikiaq'. Takmau la kata 'bodo'.

Akhirnya MK baca news (sumber berita) yang depa sertakan:

Pusat karaoke di Kota Setar yang diserbu pada Jumaat lalu selepas didakwa turut menyediakan khidmat seks.

KUALA LUMPUR - Rungutan orang ramai mengenai gelagat wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang didakwa turut menawarkan khidmat seks di sebuah pusat karaoke di Kota Setar, Kedah sejak setahun lalu mungkin berakhir apabila 18 pelacur warga asing itu dicekup dalam satu serbuan khas pada Jumaat lalu.

Satu sumber dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) berkata, sebelum serbuan pada pukul 11.45 malam polis menerima banyak aduan mengenai kehadiran wanita-wanita berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal berpelesiran dalam premis itu bermula pada waktu petang untuk memancing pelanggan-pelanggan masuk ke pusat hiburan itu.

Kegiatan wanita warga asing itu didakwa orang ramai mengganggu 'persekitaran' di kawasan sekitar selain menjejaskan imej Kota Setar.

Berikutan itu, sumber itu berkata, seramai 20 anggota termasuk 10 pegawai menyerbu pusat hiburan itu dan menahan 18 wanita dipercayai pelacur dan 35 pelanggan yang berada di dalam pusat hiburan itu.

"Ketika serbuan, sebahagian daripada pelacur sedang ghairah melayan pelanggan masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, 18 warga asing yang ditahan melibatkan seorang warga Myanmar dan 17 lagi wanita China masing-masing berusia 20 hingga 30-an.

Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap 35 pelanggan berusia antara 23 hingga 58 tahun yang ditahan mendapati sepuluh daripada mereka positif dadah.

Wanita warga asing didakwa menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya dengan mengenakan bayaran RM45 sejam.

"Pelacur boleh dibawa pulang ke rumah atau dibawa ke hotel untuk khidmat seks.

"Malah pelanggan juga boleh menggunakan bilik di pusat karaoke untuk mendapat khidmat seks," katanya dengan memberitahu pusat karaoke itu mempunyai 14 buah bilik.

Difahamkan, premis tersebut telah diserbu dua kali oleh polis.

Pusat hiburan itu mempunyai lesen dan ia dimiliki seorang penduduk tempatan.


Oooo maknanya tempat pelacuran tu dah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.Baguslah. Maknanya polis sahkan itu kegiatan haram, tiada pihak yang beri lesen pelacuran (seperti yang disangka, dipercayai dan diyakini oleh nangoi-nangoi UMCO tu).

Nak heran apa kalau kat Kedah ada kegiatan pelacuran yang tidak diketahui kerajaan negeri, zaman Rasulullah SAW kat Mekah dulu pun ada orang tak beriman. Eh, jauh sangat nak buat perbandingan.

Ambik kat Kedah cukuplah... nak heran apa kalau kat Kedah ada aktiviti pelacuran, UMCO Be End bapak kebatilan tu pun boleh wujud kat Kedah! Betul tak? Betullll!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular