Friday, June 24, 2011

Ni Perbicaraan kes "TAYANG" atau Kes "ANWAR"???



[PANAS] Peguam Datuk T Dakwa Pakar Amerika Sahkan 99.99% Seiras Anwar


Saya sudah jangka. Perbicaraan ini bukanlah penamat kepada perencanaan untuk membunuh karektor DSAI. Tiba-tiba peguam  mendakwa pakar Amerika mengatakan lelaki dalam video itu 99.99% seiras dengan DSAI.
[MK] Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.


Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.


“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya.


Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Rakaman video seks itu, memaparkaan aksi seks oral dan juga persetubuhan lelaki dan wanita, dianalisis oleh kedua-dua pakar tersebut.


Perkara itu dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan trio 'Datuk T' hari ini.


Pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.


Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.


Ketua Pembangkang Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks.


Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.


Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.
P/s: Kejap hotel, SPA, sekarang apartment di Ampang. Mula-mula pelacur China, selepas itu dakwa pelajar China...DSAI samanlah trio lahanat ini!!!


Pakar Amerika tidak boleh bezakan individu dalam gambar di atas? Pakar profesional atau pakar tibai duit?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular