Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil-kira perkara itu.
Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menyekat perhimpunan dan mengingatkannya bahawa arwah datuknya, Datuk Onn Jaafar juga pernah turun ke jalanan atas nama demokrasi.
"Perlu diingatkan bahawa Umno yang diketuai oleh Onn Jaafar, yang ketika itu presiden Umno, yang adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, pernah memimpin rakyat turun ke jalanan bagi memprotes pembentukkan Malayan Union.
“Begitu juga dengan pemimpin Umno lain yang juga pernah turun ke jalanan, sebagai contoh menuntut kemerdekaan dan juga menyokong perjuangan Palestin,” katanya.
Lim berkata perhimpunan awam adalah sebahagian daripada sejarah negara sama ada bagi membantah ketidak-adilan seperti yang diami dengan sistem pilihan raya sekarang ini.
“Mereka yang kata protes jalanan bukan sebahagian daripada budaya kita jelas adalah jahil dengan sejarah negara kita yang kaya,” katanya pada sidang akhbar bagi mendesak kerajaan supaya menghormati perhimpunan yang bersih dan aman. Mk
No comments:
Post a Comment