Friday, June 24, 2011

SIAPA TANGGUNG DOSA MURTAD DI SABAH?

Oleh : SHAIMON S JUMADI
ISLAM adalah agama rasmi Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan sejak 1957 lagi apabila Tanah Melayu @ Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sementara di Sabah atau North Borneo, yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 bersama dengan Sarawak tidak mempunyai agama rasmi, tetapi semua agama bebas diamalkan di dua negeri ini mengikut pilihan mereka.
Ketika pemerintahan USNO (United Sabah Nasional Organisation) yang diketuai sendiri oleh Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha Bin Datuk Harun, telah menubuhkan Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA-United Sabah Islamic Association) sebagai sebuah NGO untuk menyebarkan syiar Islam di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, ramai di kalangan masyarakat Cina, Kadazan, Dusun dan Murut memeluk Islam secara beramai-ramai dalam majlis pengIslaman yang dianjurkan oleh kerajaan negeri diurus tadbir oleh USIA.

Ramai Mualaf ini yang telah menunaikan fardhu haji ke tanah suci Mekah termasuk ialah Datuk Hj Mohad Raid Tan Tzee Shu (kini telah kembali ke agama asalnya); Datuk Haji Abu Bakar Tan Teck Bak, Datuk Haji Nasir Yeo dan ketiga mereka ini merupakan saudara kayu balak. Manakala mantan kakitangan JPJ Arifin Wong, Arwah Johari Salleh Chong, Mohd Salleh, dan Arwah Haji Yusof Pan Ah Chung ketiga-tiga mereka ini adalah Pegawai daripada Jabatan Imigeresen Sandakan.

Begitu juga di zaman pemerintahan BERJAYA (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) yang diketuai oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd Salleh.

Kes yang serupa juga iaitu pengIslaman saudara-saudara baru yang terdiri daripada masyarakat Dusun di daerah Ranau, Telupid, Kundasang, Keningau tetapi majlis pengIslaman beramai-ramai mereka dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) yang merupakan Majlis yang ditubuhkan untuk mentadbir urus Hal Ehwal Agama Islam di Sabah setelah BERJAYA mengambil alih tampuk pemerintahan daripada USNO pada tahun 1976.

Namun kedua-dua badan dakwah ini gagal membimbing saudara-saudara baru (Mualaf) yang telah diIslamkan sehingga 60 peratus daripada mereka kembali tidak beragama (pagan) atau ke agama asal mereka, Kristian.

Mengikut kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Mahkamah Syariah telah menerima 836 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

Katanya, daripada jumlah tersebut, Mahkamah Syariah telah meluluskan permohonan 168 orang permohonan untuk murtad iaitu meninggalkan ajaran Islam.

Tidak menghairankan jika Sabah merupakan jumlah terbesar berbanding di negeri-negeri lain kerana Mahkamah Syariah menerima 238 kes permohonan untuk meninggalkan agama Islam, 67 permohonan telah diluluskan.

Kes terbaru di Kota Belud, seramai 60 penganut agama Islam telah memfailkan permohonan untuk murtad tetapi kesemuanya masih dalam permohonan dan proses timbangtara.

Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan? Di Sabah ada pelbagai institusi agama seperti USIA, MUIS, JHEAINS, YADIM, PERKIM dan JAKIM; tetapi apakah peranan sebenar badan-badan dakwah Islam yang ditubuhkan ini?

Ekoran daripada senario meruncing tersebut, Sabahkini.Net sempat menemui berapa orang Mualaf lelaki (Cina), Chin @ Abdullah yang memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan perempuan Islam berketurunan Bajau dan kini mempunyai empat orang anak.

Chin berkata, beliau agak kesal kerana walaupun sudah hampir 15 tahun memeluk Islam, sekalipun tujuan asalnya untuk berkahwin, tetapi tanpa bimbingan badan agama, Mualaf sepertinya terabai dan gagal menikmati kesuburan iman dan ketauhidan Illahi kerana beliau hanya tahu membaca dua kali lima syahadah sahaja; manakala ayat lazim seperti Al Fatihah, doa mandi junub, cara beristinja dengan betul, doa makan dan niat puasa atau rukun sembahyang langsung tidak tahu.

Akibatnya, anak-anak mereka tidak terdidik dengan akidah Islam kerana bapa mereka (Chin) masih menyembah agama nenek moyang dengan membina colok (topekong) di dalam rumah dan masih memakan makanan yang dilarang oleh agama Islam seperti babi, anjing, ular sawa, biawak dan sebagainya.

Paling menyedihkan beliau, kata Chin, dalam usia tuanya, anak-anak mereka hidup di dunia ini tanpa halatuju kerana tidak mempunyai pedoman dan panduan hidup sebagai umat Islam, bagaikan masih Pagan sekalipun kesemuanya menggunakan nama Islam.

Namun, kisah Chin hanyalah satu daripada 100,000 kes murtad yang dilaporkan di Sabah namun tidak ada NGO atau pihak berkuasa agama yang membimbing mereka kembali ke agama Islam, sehingga nasib mereka terumbang ambing dan mudah menganut budaya dunia yang sesat lagi menyesatkan.

Semoga Tuhan tidak menurunkan bala kepada Sabah semata-mata kerana kita alpa membantu saudara baru (majoriti sudah lama memeluk Islam) kita kerana terlalu mengharapkan USIA yang semakin lanjut USIA membimbing mereka ketika pemimpin USIA khayal dengan jawatan dan habuan di dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular