Wednesday, August 21, 2013

XPDC Dakwah Pemuda PAS Bukan Perkara Baru.

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
1. Seperti yang dijangka, pasti akan ada pihak yang mengeluarkan kata-kata pedas, sinis dan tidak keruan apabila Pemuda PAS membuat kenyataan membantah konsert Metalica yang akan berlangsung kurang daripada tempoh 24 jam daripada sekarang.

2. Selain yang bersetuju dengan bantahan ini, ada sebahagian yang tidak selari dengan sikap Pemuda PAS yang sering dilihat tidak mahu menerima kehendak sekumpulan manusia yang mahukan hiburan mengikut kesesuaian mereka.

3. Sudah pasti, peminat setia kumpulan Rock Metalica sejak berzaman ini akan menolak 'stand' Pemuda PAS dan tidak akan berganjak untuk melihat kumpulan kesayangan mereka ini menjejakkan kaki untuk kali pertama di Malaysia.

4. Ada wartawan dan orang-perseorangan yang menghubungi saya apakah semasa konsert tersebut Pemuda PAS akan membuat kacau, mengadakan demonstrasi atau bertindak untuk menghalang konsert tersebut daripada berlangsung?

5. Saya jelaskan bahawa XPDC Dakwah adalah sebahagaian daripada aktiviti Pemuda PAS yang telah dilaksanakan sejak lebih lapan tahun yang lalu. Ia adalah sebagai alternatif Pemuda PAS memberi kesedaran kepada rakyat terhadap isu yang berkaitan dengan sebab XPDC Dakwah itu diadakan.

6. Dengan menaip 'XPDC Dakwah Pemuda PAS' di dalam carian Google, anda akan menjumpai pelbagai XPDC yang telah dijalankan selama ini. XPDC Dakwah sempena Tahun Baru, XPDC Dakwah sempena Malam Kemerdekaan, XPDC Dakwah sempena Konsert, XPDC Dakwah sempena Velentine's Day dan pelbagai lagi XPDC dan setiap XPDC ini akan ada risalah khas kepada pengunjung untuk bacaan mereka.

7. Oleh kerana itu, tidaklah perlu takut dengan XPDC Dakwah ini kerana ia adalah pendekatan Pemuda PAS yang telah lama dilaksanakan di serata negara.

8. Kerana itu, saya menjemput anak-anak muda untuk turut serta di dalam XPDC ini bagi merasainya sendiri sebuah XPDC berkonsepkan dakwah.

9. Ada satu soalan yang ditanya oleh wartawan kepada saya, apakah risalah yang akan diedarkan dalam XPDC Dakwah sempena Konsert Metalica? Jawapan saya, tunggu kami di perkarangan Stadium Merdeka nanti.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Taman Sri Kluang
21 Ogos 2013, 12.43 malam.
www.khairulfaizi.com

Terus berjuang!

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular