Friday, August 23, 2013

Awakening.. Akhirnya Mahathir jawab dengan 'Sindiran'

Akhirnya.. Mahathir jawab kritikan Pak Lah menerusi Blog miliknya..
Setelah beberapa hari terkedu kehilangan kata-kata akibat menerima kritikan dari Pak Lah.. Akhirnya Mahathir menjawab juga..

Pak Lah dalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, sebelum ini berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir.

Dipercayai khuatir akan tindak balas Mahathir yang akan menjejaskan kepentingan kroninya dalam beberapa GLC, Pak Lah beliau kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.

Walaupun begitu Mahathir bila diminta mengulas dakwaan Pak Lah itu oleh wartawan mengatakan beliau belum lagi membaca buku tersebut.

Namun begitu akhirnya Mahathir menjawab juga..tapi yang hairannya dia tak melawan tapi menyindir saja..

Mahathir Dalam blog miliknya hari ini www. chedet.cc, Dr Mahathir berkata, walaupun Abdullah, yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah mampu membuatkan kerajaan menyimpan berbilion ringgit duit kerajaan, rakyat tetap menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan BN hilang majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.

"Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum memilih Pak Lah sebagai pengganti.

Pak Lah dalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, sebelum ini berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir. Namun beliau kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.

"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang telah dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas.

"Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit," katanya secara sinis.

Dr Mahathir bagaimanapun turut menjelaskan, perbelanjaan besar juga terpaksa ditanggung kerajaan apabila Pak Lah membatalkan projek yang dirangkanya apabila terpaksa membayar pampasan kepada kontraktor.

"Ya ... saya akui saya berbelanja besar semasa menjadi perdana menteri yang menyiapkan semua projek dengan duit kerajaan.

Abdullah dalam bukunya itu berkata jika beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.

Abdullah turut menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit.

"Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.

"Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk. Saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya.

"Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?

"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup."

Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir.

Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri. Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.

Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Mahathir juga tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.

"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah sampai sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya."~ The Malaysian Insider

Cubaan Mahathir untuk menggugat kroni Pak Lah baru-baru ini telah dipatahkan oleh Najib..

Apa cubaannya?..

Cubaannya ialah menswastakan MAS.. korang carilah sendiri siapa yang ada kepentingan dalam Syarikat yang menyediakan catering untuk MAS tu.. carilah dalam Blog blogger otai UMNO pasti jumpa... ASD

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular