Thursday, August 22, 2013

Kalaulah Kerajaan Negeri Kelantan, Pasti dikutuk, dicerca dan dimaki oleh UMNO

K'jaan Johor kawal pemilikan hartanah warga asing
Kerajaan Johor hari ini menyangkal dakwaan kenaikan harga rumah di negeri itu berpunca daripada pembelian oleh warga asing.


Sebaliknya kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latiff Bandi, kenaikan disebabkan banyak faktor termasuk harga tanah dan bahan binaan seperti simen, bata dan besi yang semakin meningkat.

Malah katanya bagi tempoh 10 tahun setakat Jun lepas, hanya 9,826 warga Singapura diberi kelulusan memiliki hartanah berbentuk kediaman dan rumah kedai di Johor.

Jumlah pemilikan hartanah oleh warganegara asing di negeri ini sentiasa dikawal mengikut peruntukan Bahagian 33 (A) Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan Seksyen 433B undang-undang itu pula menetapkan warganegara asing hanya boleh memiliki hartanah selepas permohonan mereka diluluskan oleh kerajaan negeri, katanya.

Beliau menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) pada sesi soal jawab isan, persidangan Dewan Undangan Negeri di Nusajaya.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan kewujudan spekulator asing yang bertindak membeli kediaman dan menjualnya dalam tempoh singkat untuk mendapat keuntungan mudah sehingga menyebabkan peningkatan harga.

Bagaimanapun katanya bilangan mereka tidak ramai dan kerajaan menangani perkara itu dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ayub yang ingin tahu sama ada kenaikan harga kediaman juga disebabkan kewujudan kegiatan spekulator asing.

Selain itu, katanya kerajaan negeri juga sedang menyemak semula Dasar Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Negeri Johor melalui penubuhan sebuah jawatankuasa kerja.

Semakan semula itu dilakukan dalam usaha mengekalkan kestabilan pertumbuhan pasaran hartanah di negeri ini dan mengekalkan kemasukan pelaburan asing selain meningkatkan hasil kerajaan negeri, katanya.

Beliau berkata dasar sedia ada menetapkan kepentingan asing hanya boleh memiliki hartanah bernilai RM500,000 ke atas dengan kuota tertentu iaitu 20 peratus bagi kediaman teres dua tingkat dan rumah jenis kluster dua tingkat, 30 peratus untuk rumah banglo sesebuah dan lot kosong bagi tujuan banglo, serta 50 peratus bagi kondominium, pangsapuri dan pangsapuri servis. -Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

1 comment:

zamy said...

demer nak jadi mcm palestin baru demer sedor agaknyer....kat singapura pun sekarang byk yahudi bertenggek......ingatlah perancangan halus yahudi.......utk mengembangkan pengaruh mereka keseluruh dunia.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular