Friday, August 23, 2013

Terbukti RM (Ringgit M'sia bukannya Rosmah Mansor) jatuh merundum slps PRU13

Di bawah KERAjaan minoriti 46% BN ekonomi negara bertambah kukuh sehingga nilai matawang negara jatuh merundum slps PRU13. Spt biasa PM & Menteri2 BN yg 'bijak' kata kenaikan HARGA2 barang di M'sia bergantung pd 'ekonomi GLOBAL'. Sama2 lah rakyat tanggung semuanya JANJI NEGARA AMAN !!!


NAJIB sembang lebih kat FB beliau kononnya KDNK negara naik ..KDNK naik tapi hutang semakin bertambah apa citer.. Hutang negara dh melebihi paras bahaya 1/2 TRILIION...

p/s: Matawang negara jatuh bukan sbb nilai matawang USD naik tetapi ketidaksetabilan ekonomi negara, pentadbiran negara lemah & ketidakyakinan pelabur dari luar negara. MACAI2 boleh check sendiri currency negara skrg klu caya. 

Lihatlah sendir posting Najib Razak kene hentam kaw2. Posting beliau yg syok sendiri. kononnya ekonomi negara bagus wpon ekonomi global teruk... ~Arabic~

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10151559692465952

Ekonomi Malaysia berkembang ketika ekonomi dunia tidak menentu, kata Najib
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mencatat peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.3 peratus ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Katanya pelbagai usaha akan terus dipergiatkan untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan seimbang untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.

"Saya percaya kita mampu melakukannya dengan usaha sama semua pihak," kata Najib dalam makluman terkini menerusi Facebooknya bagi mengulas angka KDNK terkini negara.

"Walaupun dalam kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, kita berjaya mencapai perkembangan KDNK sebanyak itu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi negara berkembang 4.3 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 4.1 peratus pada suku pertama, dengan permintaan domestik yang kukuh terus menyokong pertumbuhan di celah-celah permintaan luar yang lemah.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata walaupun permintaan domestik terus kukuh, prestasi pertumbuhan keseluruhan terjejas oleh permintaan luar yang lemah.

"Permintaan domestik terus kukuh, naik 7.3 peratus, sementara eksport mencatatkan kemerosotan yang lebih tinggi dengan kelembapan bagi kebanyakan produk eksport," katanya pada sidang media ketika mengumumkan angka KDNK itu semalam. astroawani

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular