Saturday, February 4, 2012

Shahrizat Jalil gugur , Kamilia Ibrahim ganti??


"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," kata Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno.

"Walau apapun berlaku Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan meneruskan kerja-kerja parti untuk menang pada PRU 13 nanti," katanya lagi. Baca seterusnya disini.

Kenyataan Kamilia ini adalah signal kepada ahli-ahli Wanita Umno bahawa beliau sudah bersedia mengambil alih kepimpinan dari Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sudah hampir pasti akan digugurkan oleh Presiden Umno.

Apabila Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Shahrizat daripada senarai calon PRU akan datang, pasti akan berlaku pemberontakkan dalam Wanita Umno. Wanita adalah tunjang utama kepada parti tersebut.

Untuk mengambil alih Wanita Umno, sejak hari pertama skandal NFC diketahui umum, Kamilia Ibrahim telah memulakan gerakan.

Beliau perlu buktikan kapada Najib bahawa beliau boleh memimpin Wanita dan berdiri teguh di belakang Presiden Umno itu jika sesuatu terjadi kepada Shahrizat nanti. Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular