Thursday, February 2, 2012

Kepala babi ditemui di masjid di Sentul pula

Hiasan
Lagi kepala babi ditemui di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini. Ini menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu perkara seumpama itu berlaku.


Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, di kawasan parlimennya.

"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!" tulisnya di Twitter pada kira-kira jam 10 pagi ini.


Tian Chua @tianchua Reply Retweet Favorite · Open
nurul izzah pc 050112 tian chuaSemua pihak harus kutuk sekeras2nya kerja2 durjana & provakatif yg dilaku oleh kumpulan jahat. Mereka tidak akan terlepas dari hukuman!
from Bandar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
17h 

Tian Chua @tianchua Reply Retweet Favorite · Open
Latest: Some nasty rascals placed a pighead in Masjid Hidayat Sentul. Take my words, whoever playing w fire, we are going to give them hell!

Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular