Thursday, February 2, 2012

Antara Kepala Babi Dan Bom Yang Mana Lebih Penting???

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM10 ribu bagi maklumat tentang kepala babi yang diletakan di pintu masjid Rawang (Malaysia Kini).

Manakala PDRM pula menawarkan jumlah yang sama bagi maklumat letupan bom mahkamah Jalan Duta tempoh hari,(Berita Harian).

Persoalannya kenapa tawaran bagi kes yang telah melibatkan kecederaan pada orang awam dan letupan bom yang berlaku sebanyak tiga kali, yang boleh dianggap sebagai kes yang amat berat dan amat jarang berlaku hanya ditawarkan jumlah yang tidak sepatutnya. Berbanding keseriusan Kerajaan Negeri selangor yang sanggup membuat tawaran bagi kes kepala babi yang sering berlaku dinegara ini.

Jika diamati ada pihak yang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga manakala ada satu pihak yang amat serius mahu kes tersebut diselesaikan. Sehingga kini kes letupan bom Jalan Duta senyap tanpa berita.

Mungkin agenda pihak tertentu yang direstui PIHAK TERTENTU juga kian mencapai matlamat bagi mengekalkan tampok KUASA...


Laksamana Bukit Bintang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular