Friday, February 3, 2012

Nik Aziz kena SERGAH!!! Kenapa???

Nik Aziz
Nik Aziz: Saya tetap tanding


3 Februari 2012 KOTA BAHRU - "Saya pernah disergah kerana melahirkan hasrat untuk berundur. Saya akan terus bertanding kerana khidmat saya masih diperlukan."

Demikian pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum, juga perlu terus bertanding kerana mempunyai bakat untuk memimpin.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Beliau memimpin kerajaan negeri sejak Pas memenangi pilihan raya umum tahun 1990.

“Saya nak sangat dia bertanding lebih-lebih lagi di peringkat Parlimen, soal nak bagi peluang kepada pemimpin pelapis, itu betul kerana Pas tidak ketandusan pemimpin.

“Kita di Kelantan dulu susah mencari orang kampong, orang pondok yang layak menjadi wakil rakyat tapi sekarang kita mempunyai ramai yang pelapis terdiri daripada gologan profesional termasuk doktor dan lulusan universiti,” katanya. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular