Friday, February 3, 2012

Kita Tidak Bubar, Zaid Digesa Letak Jawatan

Kita Tidak Bubar, Zaid Digesa Letak JawatanPUTRAJAYA- Datuk Zaid Ibrahim digesa meletak jawatan dan berundur daripada mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) kerana disifatkan gagal menguruskan parti itu dengan baik.

Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Zaid sepatutnya berundur daripada parti berkenaan dengan cara terhormat tanpa merosokkan imej parti yang ditubuhkan kurang daripada setahun itu.

Sambil menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengumumkan pembubaran Kita tanpa persetujuan semua pihak khususnya pemimpin peringkat negeri.

"Lebih baik beliau keluar dengan cara terhormat, keluar tanpa merosakkan parti ini yang sedang menuju kearah peperangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Turut menyokong gesaan agar Zaid meletak jawatan dan berundur daripada Kita ialah Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Selain itu tegas Zamil, Kita tidak akan dibubarkan walaupun Zaid tidak lagi mengetuai parti itu.

"Kita akan teruskan parti ini, walaupun tak ada Datuk Zaid. Kami boleh uruskan parti ini sendiri," katanya.

Pada Khamis Zaid mengumumkan bahawa beliau akan membubarkan Kita menerusi satu mesyuarat agung tergempar (EGM) kerana gagal mentadbir parti itu dengan baik terutama mengenai hala tuju serta matlamatpenubuhannya.

-mSrar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular