Wednesday, February 22, 2012

Panas!! Fatwa Yusuf Al-Qardhawi Memanaskan UMNO BN

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Ada syarat rupanya untuk warga Israel untuk masuk ke Malaysia.
Datuk Richard Riot, menerangkan antara tiga syarat untuk warga israel masuk Malaysia. (The Sun Daily – 2 November 2011).

1."Pertama, kemasukan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri dan mesti mempunyai dokumen perjalanan dalam Liew pasport yang dikeluarkan oleh kerajaan Israel.

2. "Kedua, jemputan mesti dilanjutkan oleh pihak penganjur mesyuarat atau persidangan atau program sukan, bukan oleh kerajaan Malaysia.

3. "Dan, ketiga, penyertaan rakyat Israel mestilah berprofil rendah, yang bermakna ia tidak boleh diberi publisiti oleh media tempatan,".
Photobucket
Photobucket
Ketiga tiga syarat diatas dicipta oleh kerajaan UMNO/BN dalam mengadakan hubungan mereka bersama israel. Sekian lama Kerajaan UMNO/BN telah mengadakan hubungan dengan Israel, rahsia dan tembelang mereka semakin hari semakin terburai, dengan pelbagai kemudahan yang canggih pada abad ini, memudahkan rakyat Malaysia dengan sendiri mampu merungkai misteri dan penipuan Kerajaan Barisan Nasional, yang kini dibawah kepimpinan Najib Tun Razak untuk terus menipu rakyat Malaysia tentang hubungan Malaysia dan Israel.

TIDAKKAH INI PERBUATAN HIPOKRIT UMNO/APCO?

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini. Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

MUNAFIK!! itulah perkataan yang paling sesuai buat pemimpin-pemimpin UMNO yang mendakwa Malaysia tidak pernah mengiktiraf negara haram Yahudi iaitu Israel..

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan media menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.

“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.

"Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya - Sinar Harian

Bukan itu saja kenyataan dari Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot ini juga membuktikan dalam diam kerajaan UMNO/BN memberi pengiktirafan secara tidak langsung kepada negara haram yahudi iaitu Israel..

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,

Selain kejohanan sukan, rakyat Israel juga dibenarkan ke negara ini untuk menghadiri mesyuarat atau persidangan yang bersifat antarabangsa.

''Memang Malaysia tidak mempunyai hubungan dua hala dengan Israel, tetapi ada kelonggaran diberikan kepada rakyat negara itu untuk memasuki negara ini berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya .

Antara syaratnya ialah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri, Aktiviti yang disertai mereka tidak boleh diberi publisiti oleh media tempatan dam mereka dijemput oleh penganjur program.

Bagaimana boleh dikatakan Kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO tidak mengiktiraf negara haram tersebut sedangkan dalam masa yang sama membenarkan warga negara haram itu memasuki Malaysia?


BERNIAGA DENGAN ISRAEL TAKPE KATA UMNO-BN.. - Orenji Ren Oren

Yusof Qardhawi berpendapat sama
KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sokongan dan menjaga keselamatan Israel jika Israel menjamin hak, keamanan dan memberi penghormatan pada Palestin bukan perkara baru.

Pengerusi Biro Agamanya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, ia selaras dengan pendirian Kerajaan Arab Saudi.

Beliau menarik perhatian mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al Faisal, bahawa Israel tidak patut merampas tanah yang bukan haknya, sementara mahukan keselamatan bagi negara Israel.

Namun, jika Israel beri hak Palestin, negara Arab akan menamatkan perang dan akan menjamin keselamatan Israel.

“Raja Abdullah dari Jordan juga mempunyai pendirian yang sama,” katanya pada ceramah mengenai isu Israel dan penjelasan Anwar, di Taman Seri Gombak, semalam.

Muhammad Nur juga menjelaskan kupasan ulama terkenal, Syeikh Yusof Al Qardhawi, mengenai rakyat negara Arab yang tidak memusuhi Israel kerana agama, tetapi berharap rundingan dengan Israel dapat membebaskan Palestin kerana bumi Palestin terlalu lama menderita sejak dijajah pada tahun 1948 lagi.

Beliau mendakwa Yusof Qardhawi juga berpendapat tidak salah bagi negara Arab berunding dengan Israel kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW pun terdapat rundingan antara orang Islam dan orang Yahudi untuk berdamai, tetapi mereka melanggar syarat perjanjian.

23 Februari 2012

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/panas-fatwa-yusuf-al-qardhawi.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular