Wednesday, February 22, 2012

Kini Bapa pula mengesahkan Kapal Israel Berlaboh di Port Klang


Sebelum ni Pihak Westport dakwa kapal Israel cuma singgah, tidak berdagang (Baca SINI)

BELUM selesai kita dengan isu dua buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang dilihat berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang tempoh hari, blogger-blogger Umno cuba nak putar belit cerita, bukan kapal Israel lah, bukan dari Israel lah, bukan syarikat Israel lah, akhirnya pihak Westport, Port Klang mengakui kesahihan kisah kapal Israel ini.

Rujuk screenshot di bawah :
Sebelum tu Mukhriz Anak Mahathir mengatakan "kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat." (Baca SINI)

Rujuk screenshot di bawah :

Kini Tun Mahathir mantan PM Malaysia pula mengakuinya :

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa kapal Israel dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia selaras dengan "undang-undang antarabangsa".
Namun apa yang jelas putar belit blogger UMNO sudah terkantoi dengan kenyataan pihak Westport ini. Tanpa pengakuan pihak westport sekalipun, dokumen, gambar dan video sudah jelas mengesahkannya.Sekarang giliran pihak Westport pula akan kita bongkarkan penipuan mereka. gambar-gambar termasuk dokumen yang lain yang membuktikan berlakunya urusniaga Kapal Israel ini di Port Klang.
dokumen rasmi kastam yang mencatat antara hubungan dagang Malaysia - Israel
Kapal Singgah .. Kargo Berjalan Kah Kah Kah 
Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM den gan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel.

Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini.
keratan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan Kastam dan MiTi membuktikan kemasukan barang dari Israel untuk dipasang dalam negara sebelum dijual semula ke luar negara dari Malaysia.


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kini-bapa-pula-mengesahkan-kapal-israel.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular