Sunday, February 19, 2012

GEMPAR !!! TOK GURU HJ HADI DAN TOK GURU NIK AZIZ DIPECAT DARI PAS?


Dr Hassan Ali menuduh bahawa antara sebab PAS memecat beliau kerana Adun Gombak Setia itu mengkritik Anwar. Beliau menyatakan PAS mementingkan Anwar dari prinsip perjuangan Islamnya.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh bekas Naib Presiden PAS itu, maknanya PAS akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pimpinan dan ahli yang mengkritik Anwar atau tidak sehaluan dengan Anwar.

Kalau betullah apa yang dinyatakan oleh Hassan Ali kita mungkin menyaksikan bahawa tidak lama lagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dipecat dari PAS kerana mengkritik Anwar secara terang dan jelas.

Dalam kenyataannya baru-baru Menteri Besar Kelantan itu menyarankan kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan media itu atau menyaman media itu jika laporan berkenaan tidak benar.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga membuat gesaan sedemikian selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan parti itu tidak mengiktiraf negara Israel kerana merampas hal rakyat Palestin untuk menubuhkan negara mereka.

Kalau betullah apa yang dikata oleh Hassan JATI maka Tuan Guru Presiden juga akan dipecat sama. Kedua-dua Tuan Guru Besar dalam PAS ini tidak lama lagi akan dipecat dari PAS kerana tidak sehaluan dengan Anwar dan berlawan dengan parasit PAS.

Begitu dangkal hujah Hassan Ali sehingga anak-anak PASTI pun tergelak mendengarnya. Beliau merendahkan imej dan kredibiliti dirinya sendiri sedangkan beliau masuk PAS di era reformasi dahulu pun ada tempiasnya dari kezaliman Umno terhadap Anwar. Mutaligat

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/gempar-tok-guru-hjj-hadi-dan-tok-guru.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular