Wednesday, February 22, 2012

Hancur UMNO!! Muhkriz pun akui kapal-kapal Israel dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia


Sebelum Tu Kau Orang Baca dulu Pengakuan Dari WESTPORT (SINI) dan Pengakuan Dari MENTERI (SINI) .. Baru anda dapat nilaikan siapa yg HIPOKRIT???

Muhkriz: Firma M'sia boleh urus niaga dengan Israel


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Mukhriz mengulas dakwaan NGO yang mesra dengan PKR, Jingga 13 bahawa kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang dikatakan dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Semalam, NGO itu mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, bagi membuktikan kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnyangnya," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat," tambahnya. MKini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/hancur-umno-muhkriz-pun-akui-kapal.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular