Tuesday, February 21, 2012

Isu Israel - Palaestin : Tolong Faham !!!

1. Kenyataan Anwar di ambil separuh ditinggalkan separuh. Yang diambil ialah 'menjamin keselamatan israel'. Yang tdk diambil 'dgn syarat keselamatan Palestin dijamin oleh Israel." ini ibarat membaca ayat tak habis dengan niat sengaja untuk menimbulkan salah faham dan kekeliruan

2. Bukan dalam konteks untuk membela Anwar tetapi untuk berlaku adil kerana ia lebih dekat kepada taqwa. Sebab apa yg beliau sebut sebenarnya itulah yang termaktub dalam piagam PBB dan diputuskan dalam banyak resolusi PBB

Semua resolusi PBB termasuk yang membela Palestin spt 224, 338 semuanya dalam konteks 'menjamin keselamatan Israel. Ini jugalah yang terkandung dalam semua bentuk perjanjian damai yang termetri di antara PLO (kemudian Fatah) dari tahun 1993 hingga kini yang menjurus kepada penubuhan negara Palestin dan Israel secara berjiranan. 

3. Kerajaan Malaysia meskipun tdk mengiktiraf Israel, menyokong usaha perdamaian dan semua penjanjian damai dgn Israel sejak dari Oslo, Taba, Sharmul Syeikh, Cairo summit, Camp david I dan II. 
Bererti kerajaan Malaysia secara explicit menyokong penyelesaian 2 negara - iaitu negara Palestin yang berdaulat. Jika penyelesaian 2 negara menjadi kenyataan maka kerajaan Malaysia tidak ada pilihan melainkan mengiktiraf kedua-duanya - inilah implikasinya. Kerana negara Palestin yang berdaulat berdasarkan penyelesaian 2 negara adalah bertimbal balik dgn mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang berhak wujud. 

Hafidzi Mohd Noor4. Apa pendirian HAMAS? Hamas sejak dari tawaran Syeikh Ahmad Yaasin mencadangkan supaya Negara Palestin di wujudkan dalam sempadan 1967 (within the borders of 1967 - bermakna Tebing Barat, baitul maqdis timur dan Gaza). Jika Israel menerima tawaran ini maka akan diwujudkan hudna (cessation of hostility - gencatan senjata) macam hudaibiyah tanpa perlu mengiktiraf Israel. tetapi jika model ini dipersetujui oleh Israel, Syeikh ahmad Yasin juga menjamin keselamatan Israel dgn syarat hudna ini dihormati oleh Israel. Ini adalah penyelesaian sementara sehingga tercapai 'final status" iaitu penyelesaian sempurna. Penyelesaian sempurna ialah setiap inci bumi Palestin akan dibebaskan dan dikembalikan kepada warganya yang berhak. - Hafidzi Mohd Noor (Gambar Kiri).

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-israel-palaestin-tolong-faham.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular