Wednesday, August 17, 2011

Isu Gereja : Mustafa ada Bukti UMNO terlibat??


Umno Dalang Jais, Mustapa Tidak Minta Maaf


Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali tidak akan meminta maaf kepada Umno Selangor yang menganggap beliau (Mustapa) membuat fitnah kononnya Umno Selangor ada peranan dalam serbuan Jais ke atas gereja. Tegas Mustapa beliau ada bukti menunjukkan ada elemen campur tangan Umno.



Mustapa dalam satu kenyataan sebelum ini membayangkan sebuah parti Melayu terbesar ada berperanan terhadap Jais untuk menimbulkan isu-isu berkaitan politik yang dikira memberi untung kepada parti berkenaan. Adalah dipercayai bayangan Mustapa itu tertuju kepada Umno.


Pendirian Mustapa itu menunujukan dakwaan beliau itu bukan main-main. Semestinya beliau tidak akan membuat kenyataan itu sekrianya tidak ada bukti jelas.


Setiausaha Umno Selangor Mohd Zain Abdullah dalam satu kenyataanya memberi tempoh tiga hari supaya Mustapa meminta maaf.


Dengan sikap tegas dan bertanggungjawab Mustapa itu, Umno Selangor harus mencari kaedah lain untuk menafikan apa yang dibayangi oleh Mustapa itu.


Di sini salah satu bukti menunjukkan Umno terlibat dalam gerakan Jais seperti mana disebut Mustapa itu apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sangat ke depan dalam isu ini. Cara akhbar Umno itu mendedahkan isu-isu yang ada hubung kait dengan Jais jelas dan nyata akan maksudnya. [ttdi. 12:11 t/hari 17/08/11] -MSO


Sebelum ini, video seks fitnah pelbagai macam versi disiarkan oleh blog UMCO, walhal video itu ada dalam jagaan polis. Ada versi warna, versi dari sudut tertentu, dan sebagainya.

Pelik! Bagaimana video yang berada dalam jagaan polis boleh terlepas ke internet? Untuk mengelirukan, video itu dimuatnaikkan ke Youtube dan ajaibnya dalam waktu yang singkat blog UMCO menemukan video itu sebelum menyalinnya dan menyiarkan di blog masing-masing. 


Utusan kemudiannya menggunakan alasan penyebarannya di blog dan Youtube untuk melondehkan maruah orang. Blog-blog pro-UMCO diberi publisiti percuma di Utusan dan TV3.


Modus operandi yang hampir sama kali ini.




Bermula dengan penyiaran video "kedatangan" JAIS di gereja Methodist, kali ini laporan yang dikatakan daripada pihak JAIS pula tersiar di blog UMCO. 


Sebenarnya, semalam lagi saya sudah membaca laporan ini di blog berkenaan. Namun, perhatikan, modus operandinya. Maklumat dibocorkan di blog UMCO kemudian diulas di Utusan.


Menurut JAIS, siasatan kes ini belum selesai. Laporan yang disiarkan ini mungkin memaparkan siasatan awal kes tersebut. Bukankah lebih baik media mengulas isu ini apabila JAIS mengumumkan siasatan penuh kes ini? Bagaimana laporan JAIS boleh berada di tangan jurublog UMCO?


Selain berita di atas, Utusan turut menyiarkan berita ini di muka depannya:
Pas belum ada pendirian rasmi


Sebagai pihak yang bertanggungjawab, PAS mengambil tindakan yang betul. Pendirian rasmi sepatutnya diambil selepas siasatan dibuat secara menyeluruh. Tindakan PAS mahu berjumpa kedua-dua pihak dalam kes ini pun wajar. Pertemuan itu memberikan peluang PAS mendengar penjelasan yang mungkin dimanipulasi pihak media dan pihak tertentu. Islam itu adil!


P/s: Kita TENTANG murtad, kita juga TENTANG sikap pihak yang menggunakan agama, mempermainkan isu agama demi meraih undi pilihan raya. Jika pihak yang bertanggungjawab tentang soal agaam betul-betul prihatin akan isu murtad, siasat dan tangani isu murtad bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara yang membarah sejak sekian lama. Seperti juga isu penjualan arak, mengapa hanya serang Selangor?


DCM 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular