Monday, August 15, 2011

Anak Kepada Menteri Pelajaran Pertama Malaysia Akan Bertanding Atas Tiket DAP di P. Pinang

Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 12
Tarikh: 12 Ogos 2011 (Jumaat)
Tajuk: Anak Kepada Menteri Pelajaran Pertama Malaysia Khir Johari Menjadi “Bintang” Kepada Roket, Zairil Akan Bertanding Di Pulau Pinang

Setiausaha politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari akan bertanding di Pulau Pinang.


Bapa kepada Zairil adalah bekas Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama iaitu Khir Johari akan bertanding kerusi DUN di Pulau Pinang, ini diumumkan sendiri oleh Setiausaha DAP Pusat merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, beliau berkata perlantikan Zairil sebagai Setiausaha Politik supaya Zairil dapat bergiat aktif dalam politik, dan kini (akhirnya) menonjol selaku bintang dalam politik.


Sejak bermulanya PRK di Galas dan Tenang, Zairil telah mula menonjol berdasarkan beliau anak kepada Khir Johari. Beliau selalu mengenakan pakaian seragam DAP (yang) berbaju dan seluar putih, berdiri di atas pentas memberikan ceramah, dengan laungan yang lantang berkata beliau adalah orang Melayu yang masuk DAP, dan bapa beliau Khir Johari adalah orang yang pertama menjadi Menteri Pelajaran Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman.


Ramai percaya, beliau yang dilahirkan di Pulau Pinang, akan bertanding kerusi DUN di Pulau Pinang bagi meneruskan hala tuju politik beliau.


-terjemahan/Q-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular