Thursday, August 18, 2011

DAP bukan untuk orang Cina...

Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 10
Tarikh: 16 Ogos 2011 (Selasa)
Tajuk: DAP Perjuangkan Untuk Semua Rakyat, Bukan Untuk Orang-Orang Cina Sahaja: Lim Kit Siang

15hb Kuala Lumpur -pemimpin DAP dan juga Ahli Parlimen Ipoh Utara Lim Kit Siang berkata, DAP mesti berjuang untuk semua kaum dalam masyarakat ini, bukan hanya berjuang untuk orang-orang Cina.


Beliau berkata, hanya dengan politik yang baru sahaja - memperbaharui kontrak negara ini - baru dapat mengubah perpisahan kaum “untuk perintah” dalam politik, supaya semua rakyat dapat menikmati manfaatnya dan dapat hapuskan rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan kontrak masyarakat zaman kemerdekaan (boleh) terhapus, hapuskan pengswastaan (privatization) yang telah bertukar menjadi “pengswastaan lanun” (piratisation) yang telah merebak (dan menjadi) rasuah antara kroni - DAP tidak akan biarkan orang-orang yang menggunakan nama “Bumiputra” sebaliknya menjadi alat penguasaan UMNO (Umnoputra) - dengan itu Malaysia baru boleh diselamatkan.


Dalam kenyataan beliau kepada pihak media, beliau juga menyentuh dan memberi komen tentang menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri (dengan) berkata - DAP telah berkerjasama erat dengan Pas dan sama-sama berusaha dengan PKR, mahu menang dalam PRU ke-13, supaya dapat kembalikan kedaulatan undang undang untuk manfaat kepada rakyat Malaysia, mahu ubah secara meyeluruh keadaan negara ini, kita baru boleh mulakan dengan yang baru, supaya Malaysia dapat berkembang dengan kelebihan yang ada, terutama sekali dari segi sumber manusia yang cerdik pandai - kita baru boleh jadi sebuah negara yang bersatu padu, berjaya dan menjadi bangsa yang dikagumi.


Beliau berkata, langsung tidak wujud istilah DAP mahu ambil alih MCA. Beliau menegaskan, DAP bukan sahaja sebuah parti yang mempertahankan kepentingan orang-orang Cina, ia juga sebuah parti untuk memperjuangkan keseluruhan rakyat Malaysia tidak kira sama ada orang Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan mahupun peribumi dan lain-lain - sebagai rakyat Malaysia dan warga negara Malaysia, mereka semua mempunyai hak yang sama rata.


-terjemahan/Q- kritis-online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular