Tuesday, July 26, 2011

Terkini..Terhangat..SPR kena 'boo' dalam debat..

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. NONE

Beliau juga 'dibu' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. 


Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. “Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya. 


Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.NONE “Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. 


Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersama anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin. 


Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Sumber:
Malaysiakini..

# Tak sabar nak tengok kot kot ada dalam youtube..
Nak tengok juga macam mana tv3 nak ulas perkara ni...lagu mana depa nak pusing ka..konar baring ka....Tungguuuu....ummusumaiyah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular