Monday, July 25, 2011

Pilihanraya - semakin dekat?


Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan:
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum”
Timbalan Perdana Menteri sudah memaklumkan bahawa dalam beberapa bulan lagi pilihan raya ke 13 akan diadakan. Memang ramai yang telah membuat ramalan bahawa PRU 13 akan diadakan pada tahun ini. PRU 13 hanya akan menunjukkan bahawa sekali lagi pesta demokrasi akan mengambil langkah penentuan siapa yang akan menang. 
Kemenangan akan menjadi ukuran. Namun bagi rakyat – ia sebenarnya satu tanggungjawab yang penting dalam membuat pemilihan. Keputusan di tangan rakyat. Namun adakah hanya kemenangan yang dituntut atau sebenarnya apa yang kita mahukan adalah kejayaan – buat rakyat. Rakyat sebenarnya harus memilih – sama ada parti – parti yang bertanding hanya mahu kemenangan atau sebenarnya mahu mengusahakan kejayaan buat negara.  
Maka pilihan di tangan rakyat – melihat apa yang ditawarkan dan bukan hanya terpengaruh dengan persepsi yang di bentuk tanpa ada usaha sebenarnya untuk mendahulukan rakyat. umno-reform2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular