Tuesday, July 26, 2011

sikap sebenar Najib terhadap Islam


KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam.


Beliau mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing.

“Jika benar dakwaan tersebut, ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak mementingkan Islam tapi berkepentingan politik,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.


“Saya minta Najib perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing, Yahudi tapi  dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel,” katanya.


Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mempersoalkan sikap  membisu  Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa dalam hal itu.


“Jelas sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel ini timbul, mereka diam membisu,” kata Nik Nazmi.


Semalam, sebuah portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang  dikesan menjalankan kempen memfitnah Islam.


Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah  membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial twitter,  23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam.


Howe dan pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai anti-Islam di Twitter mereka, termasuk  mempersenda Nabi Muhammad.


Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang ‘Red State’, blog ‘New Ledger’ dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services.


Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular