Monday, July 25, 2011

1hari 1 fitnah... tahniah blogger UMNO

Oleh: Pak Dee Jantan

Pak Dee bukan nak berperang dengan blog Kedah Times, cuma rajin dok jengah blog tu atas keinginan nak tau... "Hari ni depa nak fitnah apa pulak?". Memang tiap-tiap hari ada satu bahan fitnah baru, kadang-kadang sampai 2,3 fitnah terhadap kerajaan negeri Kedah. Sindiran, penghinaan tu usah dikiralah itu cara hidup mereka atau orang kampung Pak Dee cakap 'way of life' depa, orang UMNO.


Dari segi 'mileage politik' Pak Dee suka kalau artikel seperti itu dibaca oleh semua orang di alam maya, sebab golongan yang dok akses internet ni adalah golongan cerdik pandai. Lagi banyak maki hamun, mencarut dan penghinaan lagi besar 'mileage politik'nya kepada pihak yang jadi sasaran.

Cuma aspek negatifnya pun ada jugak iaitu ia akan menjadi ikutan bagi golongan yang kurang menggunakan akal atau jika pihak yang dituduh hilang sabar, termakan provokasi akan bertindakbalas macam golongan kurang berakal jugak, maka bersemaraklah kebencian dalam masyarakat.

Ini dia petikan artikel dari Kedah Times, di hujung nanti Pak Dee buat ulasan pendek tapi padat:



Babi Hutan dan masuk kampung

Yang Kedah Times pelik kenapa beriya-iya sangat Kerajaan PAS Kedah untuk membina pusat penyembelihan babi yang baru. Mungkin yang lama dah tak mampu untuk keluarkan kuantiti daging babi yang bertambah permintaannya.

Buka yang baru mungkin boleh tambah pendapatan Kerajaan negeri. Halal ka?

Kenapa kerajaan negeri tak cari sumber pendapatan lain seperti pembukaan pusat petrolium ka atau apa-apa kawasan industri yang boleh menjana pendapatan tambahan dan peluang kerja baru. Pembinaan pusat penyembelihan babi boleh beri peluang pekerjaan baru kepada orang Islam ka? ooooops lupa, PAS for All, Kedah Sejahtera, Negara Berkebajikan!

Kalau dah beriya sangat Kerajaan Negeri pasai babi ni, Kedah Times nak beri satu cadangan. Mungkin boleh jana sumber pendapatan rakyat serta membuka peluang kerja yang baru.

Babi Hutan/Liar sekarang ini semakin banyak dan mula masuk ke kampung dah. Tak caya pergi la mana-mana kampung di Sik ka, Padang Terap ka, Pokok Sena ka, Pendang ka, Baling ka, tanya orang kampung. Betul ka babi banyak masuk cari makan kot kampung? Betul ka babi korek habih tanaman semula getah walaupun berdekatan dengan jalanraya yang sibuk?

Belakang rumah emak Kedah Times, ada banyak pokok depu. Saiz dah besar peha. Kedah Times tabur baja tahi ayam baru-baru ini. Sedar-sedar habis seluruh kawasan tanama depu kena trektar. Haha rupa-rupanya trektar yang boleh dimakan ... oleh kafir saja laa.

Dimana-mana saja orang bercakap pasai babi. Mungkin disebabkan Kedah Sejahtera, maka babi bermaharajalela. Atau mungkin inikah balasan Allah atas janji-janji PAS yang tak tertunai kepada orang-orang kampung tentang perlaksanaan Islam dulu. Atau Allah nak tunjuk kepada PAS supaya walaupun mereka adalah majoriti, DAP hanya 1 kerusi tetapi hal berkaitan Islam, PAS tak berani buat pun. Hatta untuk kuatkuasa enakmen hiburan 1997 pun PAS tak mampu. haha

Jadi bila melihat YB Amirudin sebut pasai rumah sembelih babi, Kedah Times nak cadang supaya kerajaan negeri tubuh unit skuad penembak tepat. Apa yang nak ditembak? Tembak babi yang masuk kampung tu la.

Kerajaan negeri boleh wujudkan peluang-peluang kerja baru sebagai penembak tepat. Wujudkan diseluruh daerah macam bomba. Kerja mereka menembak babi yang berkeliaran. Selepas tembak jual babi tersebut sebagai pendapatan tambahan kerajaan negeri. Macamana dengan pendapat Kedah Times ni? Ok dak?

Ini adalah lebih kurang dengan cadangan rumah penyembelihan yang dicadangkan kerajaan negeri tu. Tapi lebih banyak peluang pekerjaan, pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri dan rakyat hidup tanpa gangguan babi serta tanaman tidak dirosakkan. Kedah bakal jadi sejahtera! Betul tak YB? Betul tak Kedah La? Betul tak Setpol Sanusi? 


Ulasan Pak Dee...

SEBENARNYA Pusat potong babi yang dicadangkan itu BUKAN milik mahupun inisiatif Kerajaan Negeri tetapi adalah cadangan, hasrat dan usaha pihak swasta, 100% kos ditanggung oleh mereka. Kerajaan negeri hanya membantu mereka agar dapat mematuhi segala peraturan ketat yang telah ditetapkan. 



Apabila nanti semua peraturan dan prosedur BERJAYA mereka patuhi maka keputusan akhir LESEN dikeluarkan atau tidak adalah KUASA MUTLAK MENTERI PERTANIAN. Masa tu kalau menteri tak keluar lesen maka orang Cina boleh pi serang menteri dan kerajaan BN Pusat tu... tapi kalau menteri keluar lesen orang Melayu bolehlah ramai-ramai pakat pi maki menteri tu sebab izinkan pusat babi dibina di Kedah... Apa macam UMNO??? Masa tu baru hangpa mai akai....- KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular