Friday, July 29, 2011

Lepaskan Polisi Pendidikan Yang Sempit

Jiao Zong Menyeru Supaya Lepaskan Polisi Pendidikan Yang Sempit

‘Jiao Zong menyeru kepada pihak kerajaan supaya lepaskan polisi sempit dalam pendidikan, mulakan dengan mata sudut pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan cara pembinaan dan perkembangan sekolah rendah kebangsaan pada sekolah Cina, tambah bina sekolah-sekolah rendah Cina mengikut perkembangan dan pertambahan nisbah jumlah penduduk.’


27hb Kuala Lumpur, Jiao Zong berkata, jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard “kelas ke-2”.

Jiao Zong hari ini semasa membuat laporan kenyataan tentang (pembinaan dan perpindahan sekolah rendah Cina) menyeru pihak kerajaan mesti lepaskan polisi sempit yang menjurus kepada polisi pendidikan satu aliran, mulakan dengan pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan sistem pembinaan sekolah rendah kebangsaan untuk diterima pakai dalam pembinaan dan penambahan sekolah-sekolah rendah Cina.

Ini termasuk pihak kerajaan perlu bertanggungjawab semua kos pembinaan sekolah yang termaktub di dalam kawasan taman perumahan yang disediakan untuk tapak-tapak sekolah untuk kegunaan bangunan sekolah pelbagai aliran, perlu sistematikkan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina yang berpatutan dan wajar serta mendapat penyelesaian yang normal, supaya dapat selesaikan masalah kekurangan sekolah rendah Cina yang paling asas itu.

Dalam laporan itu menunjukkan, walaupun pihak kerajaan membuat penambah baikkan dalam pembinaan sekolah rendah Cina serta perpindahan tempat sekolah rendah Cina, tetapi ia masih lagi jauh berbeza daripada apa yang masyarakat Cina mahukan, apa yang masyarakat Cina mahukan ialah layanan sama kepada semua aliran sekolah, mendapat pembangunan yang adil dari segi pendidikan bahasa ibunda.

Semua Polisi Pendidikan Perlu Diubah Diperingkat Dasarnya

Laporan itu menyatakan, pihak kerajaan perlu ubah dasar polisi pendidikan, sepatutnya beri jaminan melalui kertas yang bertulis, sehingga ke hari ini, polisi pendidikan negara ini masih tidak membuat sebarang perubahan, semua orang risau kerana mungkin ada kaitannya dengan kuasa dan keperluan dalam politik.

Dalam laporan itu menegaskan, memberi peruntukan, memberi tanah dan membina sekolah itu semuanya adalah tangungjawab pihak kerajaan, sama juga seperti bina sekolah rendah kebangsaan, semua kos pihak kerajaan sendiri yang membiaya serta memberi peruntukkan dan memberi tanah sehingga sekolah siap dibina. Tetapi sebaliknya pada sekolah rendah Cina pihak kerajaan tidak memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.

Dalam laporan itu juga dinyatakan, walaupun mendapat peruntukan dari pihak kerajaan, pihak sekolah rendah Cina masih lagi hadapi masalah kawasan tapak sekolah, sehinggakan pembinaan sekolah Cina tidak dapat dijalankan dengan lancar serta hadapi halangan.

Dalam laporan itu juga menghuraikan: sekolah rendah Cina di Puchong Selangor terlalu ramai sehingga sesak, sekolah rendah Chin Chi di Bentong Pahang pula terpaksa dipindahkan ke kawasan itu kerana untuk mengatasi kesesakan murid, tetapi sehingga ke hari ini proses pemindahan kerana tiada kawasan tapak, sekolah tersebut tidak dapat dibangunkan dan tidak nampak sebarang kemajuan.

Tajuk II

Setelah Dapat Kelulusan
Urusan Perpindahan Kekurangan Peruntukan Dan Tiada Tapak Sekolah

Mengikut laporan itu, walaupun sekolah-sekolah tersebut mendapat kelulusan dalam penambahan sekolah mahupun pindah tapak sekolah, tetapi terpaksa hadapi pelbagai halangan dari jabatan-jabatan berkenaan, menyebabkan kerja-kerja penambahan pembinaan bangunan sekolah dan perpindahan sekolah tidak dapat dijalankan dengan baik.

Dalam laporan itu berkata, dalam proses pindah sekolah mahupun pembinaan sekolah, apa yang dihadapi oleh sekolah rendah Cina ialah mencari tapak kawasan sekolah dan kos pembinaan sekolah.

Pada dasarnya sepatutnya setiap kali pihak kerajaan meluluskan pembinaan sekolah rendah Cina mahu pun perpindahan lokasi, tidak langsung menyentuh tentang kos pembinaan sekolah dan peruntukan kawasan tanah sekolah, akhirnya kami hadapi pelbagai rintangan tentang kos pembiayaan serta pembinaan sekolah, menyebabkan semua urusan itu lambat dan tergendala.

Tajuk III

Mengikut Keperluan Politik Secara Pilihan Untuk Tambah Pembinaan Sekolah Rendah Cina, Kekurangan Sekolah Rendah Cina Tidak Diselesaikan Secara Menyeluruh.

Laporan itu juga menyentuh, pada tahun 1999 hingga tahun 2008 pihak kerajaan telah meluluskan penambahan sekolah rendah Cina dan perpindahan sekolah rendah Cina, ia boleh membantu untuk mengurangkan kesesakan di sekeolah Cina di kawasan penduduk ramai kaum Cina. Masalah berlebihan murid di sekolah Cina, ia dibuat secara pilihan dalam politik sama ada mahu tambah bilangan sekolah Cina sebagai cara mereka, sudah tentu ia tidak dapat menyelesaikan masalah sekolah Cina secara menyeluruh.

Laporan itu menyentuh, pihak kerajaan tidak benar-benar melihat dari sudut keperluan pelajaran untuk merancang dan mengatasi masalah yang berlaku di sekolah-sekolah rendah Cina, sebab itu ada banyak kawasan yang amat memerlukan pertambahan sekolah-sekolah rendah Cina, tetapi tidak dapat kelulusan dari pihak kerajaan.




Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Dalam Negeri m/s 14
Tarikh: 28 Julai 2011 (Khamis)
TajukSekolah Rendah Cina Masih Dalam Kedudukan Kelas ke-2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular