Saturday, July 2, 2011

Siapa yang Menggugat ISLAM Demi KUASA? Ambiga atau Najib??? (+ Video DiDalam)

Bersih 2.0: Najib muncul di Kelantan, kecam Ambiga dan PAS


PAS PASIR PUTIH, 2 Julai — Datuk Seri Najib Razak muncul di Kelantan hari ini dan mengecam ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan PAS kerana mengadakan perhimpunan 9 Julai ini sambil mendakwa parti Islam itu akan melakukan apa sahaja bagi menawan Putrajaya.


“Kita tidak tahu siapa dia Ambiga. Dialah menggugat (kedudukan) Islam. Dan, di bawah dia ada Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu),” kata Najib ketika berucap di sini hari ini. 
Kenyataan beliau dibawa oleh berita Radio Malaysia pada pukul 1 tengah hari tadi. 
Saluran itu turut menyiarkan klip video membantah perarakan 9 Julai dan memuji kepimpinan Najib sambil menggambarkan beliau sebagai pemimpin semua rakyat Malaysia. 
Najib (gambar) berkata Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990. 
Sape yg jadi PAK TURUT NI???? demi Kuasa!!!


Hari ini, Najib mengadakan lawatan kerja ke Kelantan. 
Dalam pada itu Bernama Online memetik Najib berkata, kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Putih pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong Umno dan menentang perhimpunan 9 Julai ini.
Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi.
Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang Himpunan Bersih 2.0.
“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,” katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik.
Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.
Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.
Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.
Katanya, keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.
Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Putih untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.
Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.
“Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya.
Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.
Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti. TMI 


VIDEO BOKTI NAJIB HINA NEGARA ISLAM (wajib untuk semua lapisan masyarakat) 



Perhatikan rakaman video ini bermula minit ke 5.00 sehingga minit terakhir..

Dibawah penulis perturunkan kembali sebahagian kenyataan Najib seperti yang dimuatkan dalam rakaman video di atas...

Presiden MCA, Chua Soi Lek sebelum itu telah berkata:

Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek

Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:


Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):


Kurang ajar lagi biadap kenyataan MCA dan Najib ini! terbukti Najib dan Umno sanggup bersekongkol dan berkompromi secara jahat dengan rakannya MCA sehingga sanggup menghina dan memperlekeh undang2 dan negara Islam sebagai TERKEBELAKANG!..

Tidak cukup itu, Najib cuba menakut2kan orang Cina dengan pendirian Negara Islam yang diperjuangkan PAS kononnya akan memberi kesan negatif kepada cara hidup dan kehidupan mereka...
p/s: Baca seterusnya dalam entry penuh penulis di sini, "BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!"...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular