Friday, July 1, 2011

Reezal Merican buta hati atau buta mata?

WarkahDaily – Amat memalukan pemuda Umno ada seorang ketua penerangan seperti Datuk Seri Reezal Merican yang tidak mengerti dan hilang pertimbangan menilai erti ‘subversif dan anarki’.

Seperti orang hilang akal, Reezal Merican (gambar) menuduh PAS, PKR, DAP dan Sekretariat BERSIH mengamalkan kegiatan subversif dan anarki padahal, Himpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan nanti tidak sedikit pun mempunyai unsur-unsur yang boleh membawa kemusnahan dan kerosakan negara.


Seperti yang sedia maklum, BERSIH 2.0 dianjurkan
secara aman bagi menuntut suruhanjaya pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang telus, bersih dan adil dan tidak berat sebelah. Sekretariat BERSIH bukannya mengajak rakyat merampas kerajaan atau menggulingkan kerajaan. Jadi apa yang perlu ditakutkan sangat wahai pemuda Umno?



Dipetik dari Harakahdaily, Ketua Dewan Pemuda PAS mencabar Reezal Merican agar buktikan apa kesalahan Himpunan BERSIH sehingga ianya perlu diharamkan. Apa peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan kesalahan seperti yang didakwa pemimpin Umno yang dayus.


“Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata?


“Sedangkan saya mahu Reezal Merican melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan Parti Keadilan Rakyat beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik,” kata Nasrudin Hassan at-Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS.


Beliau turut mempersoalkan adakah Reezal Merican sedar bahawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara.


Malah, tanya beliau lagi adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman Bersih 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif.


Katanya, sejak Sekretariat Bersih mengumumkan Himpunan Aman Bersih 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru hara pada hari tersebut.


Tetapi sebenarnya, kata beliau reaksi emosional Umno termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur Bersih.


“Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif?


“Oleh yang demikian, saya tetap menyeru kepada rakyat khususnya anak muda yang cintakan keadilan di Malaysia dan menginginkan kehidupan yang lebih baik di negara ini agar dapat turun menyatakan sokongan tanpa rasa takut kerana perhimpunan ini dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan dilakukan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular