Thursday, June 30, 2011

Kedah La nak ajaq matematik dekat Kedah Times


Oleh: Saiburi Sudin 

Sebelum nak ajaq ilmu matematik dekat blogger UMNO Be End bernama Kedah Times ni, nak minta pembaca teliti dulu tulisan di bawah ini yang dipetik dari blog tersebut:



Untuk pengundi-pengundi di Kedah, Kedah Times menyeru supaya tidak melakukan kesilapan kali kedua. Mereka yang melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang adalah mereka yang tidak belajar dari kesilapan atau sejarah lalu. 

Ini petikan kata-kata dari Bekas ADUN DAP Perak Hee Yit Foong: 

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Hee Yit Foong bekas Adun DAP mendakwa beberapa rakannya dari DAP telah menyatakan hasrat seandai mereka menang PRU-13 dgn majoriti 2/3, mereka akan mengubal Perlembagaan Persekutuan untuk menghapus Hak Melayu dan raja2 melayu dalam masa 2 hari ✗ kira walau pakatan mereka terdiri dari PAS dan Keadilan .... Sebarkan.

---------------

Encik Kedah Times dengaq elok2 jawapannya, macam ni:

Pada PRU12 lalu DAP bertanding 46 kerusi, PAS 67 kerusi, PKR 94 kerusi. Untuk PRU13 agihan kerusi adalah sekitar tuu lah jugak.

Andaikan DAP menang semua kerusi sekalipun dia cuma mewakili
1/5 dari jumlah kerusi Parlimen Encik Kedah Times woii!!! mai mana 2/3? So, DAP tak boleh pinda perlembagaan.

Tak apalah... sekarang kita andaikan PKR menang semua 94 kerusi dan katakanlah PKR pun setuju dengan DAP nak ubah perlembagaan (Maaf PKR, ni cuma
andaian untuk fahamkan golongan yang tak faham) namun jumlah DAP+PKR pun masih belum cukup 2/3 untuk membolehkan perlembagaan dipinda! Tak boleh jugak.

Bagi PAS tak berbangkit langsung isu tersebut kerana PAS sekali-kali tidak akan membenarkan untuk menghapus Hak Melayu dan raja2 Melayu seperti kehendak bekas ADUN DAP yang kini masuk BN tu.
(Cina tu cakap ikut skrip yang diarahkan UMNO maklumlah dah terima rasuah berjuta-juta).

Kesimpulannya,
propaganda Kedah Times tu hanyalah untuk menipu rakyat tak sekolah atau pi sekolah tapi tak pernah faham matematik sejak tadika sampai darjah 6 walaupun berbuih mulut cikgu mengajaq. Jenih benak tuu.. 



kedahla

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular