Friday, July 1, 2011

PENGHAPUSAN E-DIESEL BEBANKAN PENIAGA

Oleh : SHAIMON S JUMADI
TINDAKAN pihak kerajaan menghapuskan subsidi E-Diesel kepada pengusaha-pengusaha lori pengangkutan barang di Sabah kira-kira dua bulan lalu menyebabkan Persatuan Lori Pengangkutan Sabah (Sabah Lorry Transportation Association) telah bertindak drastik menaikan kadar caj kos pengangkutan kargo sebanyak 30 peratus berkuatkuasa pada 27 Mei lalu.


Para peniaga di daerah Sandakan, 90 peratus barangan niaga mereka yang dihantar dari Kota Kinabalu, Tawau dan tempat lain merungut kerana mereka rasa rugi dengan kadar kos pengangkutan yang dinaikkan, tetapi para peniaga tidak dibenarkan menaikan harga jualan mereka.

Sabahkini.Net dalam tinjauannya ke beberapa lokasi di Bandar Ramai-Ramai sempat menemui pemilik kedai Heng Shing Trading, Victor Chung menjelaskan pihak peniaga tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada pihak Persatuan Lori Pengangkutan sebab ini semuanya berpunca daripada tindakan kerajaan yang menghapuskan subsidi E- Diesel kepada pengusaha-pengusaha lori berkenaan.

Kata Victor lagi, kalau pihak kerajaan sudah melarang para peniaga tidak boleh menaikkan harga jualan, mereka terpaksa akur dengan peraturan tersebut namun merintih dalam hati kerana menampung kos pengangkutan yang semakin tinggi.

“Kami tidak boleh bantah peraturan dan arahan kerajaan ini tetapi mungkin kita boleh balas dalam pilihanraya. Tidak ada guna kita lawan, hukuman ke atas kami terlalu berat. Harga transport naik, harga barang kami kekal. Macam mana mau berniaga kalau tiada untung?,” kata Victor lagi yang kesal dengan inflasi dan kos hidup yang semakin tinggi di Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular