Melalui gambar yang diterima FMT, beberapa PBT terlibat termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Gambar-gambar itu diambil ketika mesyuarat mingguan Ahli Majlis PBT masing-masing yang diadakan setiap hari Rabu.
Kelihatan beberapa Ahli Majlis memakai tali leher kuning dan tidak kurang juga yang memakai baju T Bersih (berwarna kuning) ketika mesyuarat tersebut dijalankan.
Manakala beberapa Ahli Majlis wanita turut memberi sokongan dengan memakai tudung kuning iaitu warna ‘keramat’ bagi Himpunan Bersih ini.
Tindakan tersebut sekaligus menepis ketakutan yang ditimbulkan pihak berkuasa ekoran berlakunya tangkapan dan siasatan terhadap pemimpin pembangkang dan juga ahli mereka baru-baru ini.
Selangor kini diperintah Pakatan Rakyat dengan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili parti PKR.
Khalid dalam kenyataannya baru-baru ini dipetik berkata kerajaan negeri tidak akan menanggung kos perbelanjaan perundangan bagi penduduk negeri itu yang ditahan pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan Bersih tersebut. - FMT
No comments:
Post a Comment