Thursday, July 21, 2011

semua urusan berkaitan dengan judi tertakluk kepada kuasa kerajaan pusat.

tv3 dan utusan sokong tindakan MCA saman kelantan ka?

Aku dah buat carian kat laman web tv3 tapi tak jumpa pula video nya. Maybe kalau tengok kat tonton jumpa kot. Aku dah register tonton tapi sampai sekarang masih tak boleh access ke dalam web tue lagi. Apahal tah. Tapi bagi sesiapa yang tengok berita semalam dorang akan tahu tv3 ada buat laporan pasal kes neh. Heran aku kenapa tv3 beria2 nak laporkan kes bodoh neh?


Untuk buruk2kan kelantan? Tengok bawah pula ;


Sanggup pula utusan haramjadah neh letak isu saman neh kat depan? Pelik aku. Promosi terlampau diberikan kepada geng2 mca. Taktahu nak cakap yang dorang neh menyokong ka tindakan mca saman kerajaan kelatan atas isu judi neh? Kalau tak sokong napa promosi lebih2? Kalau tak sokong bagilah ulasan yang memihak kepada pas. Tak boleh ka?

Tapi memang sampai ke hari neh belum lagi dengar suara2 pemimpin umno yang membela kerajaan negeri kelantan. Dan semalam menerusi tv3 gak aku dengar dengan jelas dorang cakap semua urusan yang berkaitan dengan judi, loteri dan segala bagai tertakluk kepada kuasa kerajaan pusat.

Kalau dah gitu, semua pusat2 judi di seluruh malaysia sah lah di luluskan oleh umno. Ini kerana umno kuasa majoriti. Kiraan matematik dia begini ;

Pusat judi, lesen, loteri di malaysia = diluluskan oleh pusat atas nama bidang kuasa = umno kuasa majoriti dan tertinggi = orang islam.

Maksudnya orang islam sendiri halalkan judi? Urmm.. okey. Orang islam jenis apakah umno neh? Boleh jawab ke penyokong judi?

Ameno : Sendiri gila judi then blame orang.



Akibat terus berdegil, Kerajaan Kelantan disaman!

SUDAH berulang kali dijelaskan dan diingatkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan Rosmah Mansor, bahawakerajaan negeri tidak ada kuasa untuk melulus ataupun mengharamkan judi dan loteri di negeri masing-masing.

Tapi Kerajaan Negeri Kelantan tetap berdegil. Kerajaan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz tetap juga mahu mengharamkan judi dan loteri di Kelantan. Akibatnya, kerajaan negeri yang mengamalkan dasar"membangun bersama Islam" itu telah disaman oleh 3 orang penyokong Lady Gajah yang tidak bersetuju perjudian dihapuskan di Kelantan [Utusan].
Ini perkara serius! Mana boleh Kerajaan Kelantan suka-suka nak haramkan judi dan loteri. Judi dan loteri adalah periuk nasi kerajaan pusat, kalau Kelantan haramkan judi, nanti negeri-negeri lain ikut, bila semua negeri ikut haramkan judi kerajaan pusat akan rugi kerana tak dapat kutip hasil cukai judi.

Hasil cukai judi banyak! Kalau haramkan judi, rugilah kerajaan, macam mana kerajaan nak bayar gaji kakitangan awam? Duit cukai judi dan loteri adalah salah satu penyumbang yang signifikan kepada gaji kakitangan awam.

Nasib baik Kerajaan Rosmah pandai, awal-awal lagi dah pegang kuasa mutlak terhadap lesen judi, maka kerajaan negeri tak boleh haramkan judi sesuka hati. Kalau ada mana-mana Kerajaan Negeri berdegil juga nak haramkan, jadilah seperti Kelantan. Kena saman. Padan muka! (Kata Lady Gajah di dalam hatinya sambil membelek-belek katalog gelang mewah keluaran Jacobs and Co).

RentaP© "Pandai tak kerajaan Rosmah pedajal Kelantan?"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular