Saturday, July 23, 2011

Polis Malaysia Ada Iras-Iras Mahathir Mohamad

Makin dijelaskan nampaknya makin celaru dan makin orang menjadi 'rohok' untuk mempercayai setiap apa yang diuberi tahu. Itulah apa yang berlaku kepada Polis di Raja Malayisa (PDRM) hari ini dalam kes Bersih. Nampaknya polis sudah kehabisan modal dan kata-kata untuk menyakinkan rakyat yang mereka bertindak mersa dan melayan himpunan Bersih dengan aman.

Kebodohan juga semakin hari semakin luas 'terbahar'.

Video yang merakam aksi himpunan berkenaan bagi menunjukkan perangai polis baik juga gagal memberi kepuasan kepada orang ramai. Penyiaran video sekerat-sekerat dan tidak sepenuhnya menyebabkan orang sangsi dengan tindakan polis.

Beigtu juga teknik atau cara mencari kambing hitam untuk menunjukkan polis baik juga tidak berhasil. Dari sudut mana sekali pun orang ramai tetap menganggao polis yang bersalah. Kalau ada orang mengangguk mengatakan polis baik itu hanya di depan saja, tetapi di belakang orang akan menyumpah polis.

Baik polis mengaku saja mana-mana kekasaran yang dibuatnya pada peserta Bersih tempoh hari. Pengakuan atau mengalu kesilapan lebih menyerlahkan integriti pasukan itu. Tidak dinafikan ada juga polis yang berhati malaikat dan berperangai baik dalam melayani peserta himpunan. Tetapi polis yang baik ini ditenggelami oleh tindakan polis yang kasar dan jahat.

Saya tidak fikir semua gambar dalam protal berita dan blog adalah palsu rekaan atau tokok tambah. Setengah gambar itu dirakam oleh orang ramai yang berada di hadapan lokasi atau kejadian polis menyerang dan menembak. Mereka tidak mempunyai motif apa-apa melainkan merakam reakiti yang mereka saksi. Polis juga kena akui bahawa dalam pasukan itu ada serigala yang lapar, yang meleleh air liur melihat anak-anak muda yang bersorak.

Bukankah anggota FRU atau unit tindakan khas (UTK) diajar supaya menjadi berang dan bengkeng untuk menghadapi orang ramai. Mereka dilantih macam anjing pemburu untuk mengesan dada. Pantang mereka terlepas mereka akan mengamuk. Yang patut dikutuk siang malam inilah ketua mereka yang menerima pendekataan begitu. Anjing tidak salah tetapi tuan anjing.

Selain menunjukkan sikap beberapa perserta himpunan yang provok polis, patut polis tunjuk juga bagaimana para peserta yang membantu anggotanya yang terkena gas pemedih mata. Di depan mata saya saya nampak ada polis yang terjatuh longkang kerana melarikan diri bila di baling klister gas pemedih mata.

Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak muda membantu memberi air kepada polis yang terkena gas pemedih yang dibaling oleh para peserta apabila mereka menyambut atau mnangkap kelosong gas yang melucur ke arah mereka.

Bersikap adil dalam semua keadaan kerana keadilan itulah yang akan mengukur kejujur dan kebenaran kita.

Kenapa polis terus buat provokasi dan membela diri secara melulu. Misalnya tuduhan Mat Sabu bohong berlaku adalah melampau. Kata polis naib presiden Pas itu berlaku untuk menangih simpati. Walaupun kalau benar Mat Sabu berbuat begitu tetapi tidak bijak polis yang menuduh demikian kerana sudah pasti penyokong Bersih akan marah. Di sinilah dangkalnya politik polis.

Orang yang tidak tergamak menipu atau pun berfikir betul tidak akan menerima dakwaan polis Mat Sabu berlakon. Takkan Mat Sabu berlaku sampai lututnya kena bedah. Kata polis Mat Sabu tercedera kerana motorsikap yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan. Polis tidak cerita kenapa penunggang itu mlanggar pembahagi jalan. Takkan driver yang bawa Mat Sabu itu babuk sengaja langgar pembahagi jalan.

Bijak Mat Sabu tidak membalas tembak dengan polis atas dakwaan itu. Mah Sabu arahkan peguamnya supaya menyaman polis atas kejadian itu. Biarlah mahkamah membuat keputusan apakah Naib Presiden Pas itu berlakon atau sebaliknya.

Kenyataan-kenyataan dan kesimpulan bodoh terus dikeluarkan oleh polis. Terbaru menurut Pengarah Ketenteraman Awam, (nama lupa sebab tak popular), tiga tulang rusuk Baharuddin Ahmad patah bukan disebabkan angkara polis. Tetapi ia patah kerana pertolongan CPR - tekan dada di lakukan oleh ke atasnya untuk menyelamatkan arwah. Logikah kalau bantuan untuk menyelamatkan (CPR) dilakukan sampai patah tulang rusuk?

Msasakan begitu bengong sekali mereka yang memabntu menekan dada Baharuddin memberi CPR kepadanya tekan sampai patah tulang rusuk? Logikah? Apakah tidak ada kejadian lain di sebalik itu yang tidak terjumpa oleh oleh polis. Misalnya berlaku pergelutan dan menyebabkan dadanya di tendang atau dipukul dengan kuat?

Polis boleh melepaskan diri untuk tidak disabitkan dengan kematiannya. Tetapi alasan yang diberikan biarlah logik dan munasabah. Belum pernah terdengar dalam sepanjang hayat saya orang yang diberi bantuan CPR patah tiga tulang rusuknya. Kenapa tidak direka cerita tulang rusuk Baharuddin patah keran aia terjatuh atas pili bomba semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh polis?

Alasan yang diberikan polis ini tak ubah alasan yang pernah diberikan Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim apabila mata bekas TPM itu lebam kerrana ditumbuk Rahim Nor. Mahathir kata, mata Anwar lebam kerana Anwar sengaja menghantukkan mukanya ke lutut untuk mendapat simpati.

Selepas didedahkan oleh suruhanjaya di raja baru diketahui kenapa mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Nor, bekas ketua polis negara. Kalau bekas KPN boleh tumbuk mata tahanan yang digari dan ditutup muka, apalah nak hairankan dengan tindakan anak cucu cicitnya ke atas himpunan Bersih itu. Biarlah kalau bapak jahat anak akan khianat!

Sekali lagi dinyatakan polis alasan direka-reka tidak akan menyelesaikan masalah. Buatlah penjelasan sepanjang mana kalau ia tidak ikhlas ia akan dipertikaikan. Makin dijelas makin marah dan benci orang kepada polis. Kalau benar polis ingin menyelesaikan perkara ini membuang persepsi buruk ke atasnya mengakulah dengan jujur dan ikhlas, bahawa ada tempat-tempat mereka tersilap atau terlebih. Rakyat boleh mengampuninya kerana bumi manalah yang tidak ditimpa hujan.

Benang yang basah tidak akan boleh ditegakkan, tanduk kerbau dewasa yang bengkoknya hampir menjadi bulatan tidak senang untuk diperbetulkan. Apa yang polis lakukan dalam kes Bersih ini tak ubah seperti tikus yang hendak membaiki labu, makin lama bukan makin baik tetapi makin luas lubang kebusukannya.[wm.kl.8:00 am 23/07/11] - MSO


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular