Thursday, July 21, 2011

Khairy gesa 6 pemimpin PSM tahanan Ordinan Darurat dibebas

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memperlihatkan kelainan berbanding pendirian partinya dalam isu perhimpunan Bersih 2.0 dengan menggesa Putrajaya membebaskan kesemua enam pemimpin  Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam mesej menerusi Twitter hari ini, Ahli Parlimen Rembau ini berkata, beliau akan menyampaikan “pandangan peribadi bahawa YB Dr Jeyakumar dan yang lain dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan luar negara esok.
Khairy (gambar) menambah kerajaan telah bertindak atas maklumat mengelirukan terhadap Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar memandangkan ucapan wakil rakyat itu di Parlimen adalah sesuatu yang bersifat intelektual, bukannya subversif.
Dalam satu kenyataan pagi tadi, badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch berkata Putrajaya harus dengan segera membebaskan kesemua pemimpin PSM, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat tanpa didakwa di mahkamah selain menggugurkan dakwaan ke atas 21 yang lain.
Menurut maklumat terbaru kesemua enam mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar ditahan kerana disyaki pihak utama mendalami perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.
Maklumat akhir bulan lalu menyebut mereka ditahan kerana cuba melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.
Timbalan Pengarah Rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson berkata kerajaan Malaysia telah menggantikan tuduhan-tuduhan jenayah palsu dengan penahanan pencegahan untuk menghalang pemimpin-pemimpin pembangkang.
Selain Jeyakumar, mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat ialah Sukumaran Munisamy, Letchumanan Aseer Patham, Choo Chon Kai, Sarasvathy Muthu dan Sarat Babu Raman. - TMI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular