Sunday, July 17, 2011

cincin rosmah - fahami isu sebenar!

Sadis. Memang sadis apabila mereka tak faham perbezaan antara persoalan dan fitnah. Aku rasa semua yang membaca isu neh memang faham sangat apa yang dibangkitkan oleh chegu bard ialah berupa satu soklan dan dia minta siasatan di jalankan. Itu pasal dia buat laporan sprm. Dia tak fitnah rosmah mansur. Dia tanya rosmah mansur. Dan dia minta rosmah mansur jelaskan isu sebenar. Jadi disini apa masalahnya sampai nak cakap blogger pembangkang menfitnah segala bagai pula? Mengapakan setiap isu yang dibangkitkan harus ditafsir sebagai fitnah pula?

Isu simple.

Pembangkang : Rosmah you ada beli cincin 24 juta ka? I tengok ada nama you dalam paparan printscreen neh. Almaklumlah you neh kan dah banyak skandal so i rasa suspicious.

rosmah mansur : diam.

Pembangkang : Owhh u diam, i nak buat laporan sprm minta hal neh diperjelaskan..

rosmah mansur : diam..

blogger umno ari itu : Tak mungkin wujud cincin 24 juta. Apatah lagi di bawa masuk guna courier. Ini mustahil.

blogger umno ari ini : cincin 24 juta wujud tetapi untuk pameran je. Sekarang dah bawa pulang balik ke syarikat jacob and co. Takde sapa2 beli cincin tersebut.

Persoalan utama masih tidak dijawab. Ya ataupun tidak rosmah mansur memiliki cincin tersebut? Kenapa nama rosmah mansur tercatat di dalam borang terbabit? Apa kaitan rosmah mansur dengan jacob and co? Bukan jacob syarikat yahudi yang najib sepatutnya anti? Apa motif buat pameran pula? Pameran kepada geng2 vvip pula tue. Adakah sebarang wang dikeluarkan untuk anjurkan pameran? Di manakah pameran itu berlangsung? Adakah hanya cincin yang dipamerkan? Adakah berlaku sesi jual beli ketika pameran [selain dari cincin]?<-- lebih banyak persoalan timbul. 

Ia tak mati isu bhai. Ia tak lenyap isu neh. Ia lebih hidup. Ia jadi lebih panjang. Ia tak memamposkan persoalan kenapa nama rosmah mansur tercatat di dalam borang tue. Ia juga tidak mematikan hujah bahawa rosmah mansur ya ataupun tidak memiliki cincin tersebut. Ia cuma membuktikan cincin itu wujud. Cincin itu memang di bawa masuk ke malaysia. Sedangkan sebelum neh blogger umno cakap mustahil ada cincin 24 juta. Tetapi blogger umno juga lah mengesahkan ia! Tidak kah ko, orang umno faham situasi sebenar disini?

So sprm kena siasat. Apa kaitan rosmah mansur dengan jacob. Dan siasat juga cincin tersebut milik siapa. Jangan ingat bila cincin itu masuk dan keluar ia boleh membuktikan bahawa ia bukan milik rosmah beb! Kami rakyat perlu tahu kebenaran nya. Apabila kami minta siasatan dijalankan bukan lah bermakna kami fitnah rosmah mansur, sebaliknya kami mahu menyelami isu neh sehingga ke dasarnya. Di sebabkan itu lah korang, orang umno kena faham beza antara pertanyaan ataupun fitnah. Kalau seme pertanyaan di anggap fitnah, maka masa bila pula boleh kami bangkitkan pertanyaan? Ke kami kena ikut cara umno? Yakni ;

Fitnah = pertanyaan bagi umno

Pertanyaan = fitnah bagi umno.

Heh. Sadis dowh.

Sumber : lihat sini

Nota : Minta korang kaji dalam2 borang yang ditunjukkan. Aku rabun lah. Sakit mata aku tengok dan telaah benda2 kecik camtue. Ada hujah sama2 share sini kat ruangan komen. Lagipun aku heran tang mana dia tulis bahawa harga cincin tue 24 juta dalam RM? Aku baca ia tulis USD.. ce tengok kat link yang aku dah bagi tue. Thanks.

Ameno : Darling rosmah.. you anjurkan pameran ke ataupun jacob yang anjurkan pameran tue..? Motif apa motif? Setahu i you ke newyork bulan april hari tue.. so why dorang bawa masuk ke malaysia guna nama you.. hehehehehe.. i fikir dalam neh rosmah.. <-- pertanyaan. Heh.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/kecelaruan-dalam-isu-cincin-rosmah.html#ixzz1SR0egidz


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular