Friday, July 15, 2011

Respon yg Memutarbelit dari Putra Jaya

Putrajaya respons kritikan media asing 
Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, — Pentadbiran Najib akhirnya mula memberi respons kepada kritikan-kritikan pedas media asing berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Dalam suratnya kepada Wall Street Journal, Putrajaya berkata Malaysia benar-benar sebuah negara demokrasi.

Wall Street Journal merupakan antara akhbar asing yang mengkritik cara Putrajaya ekoran tindakan keras digunakan oleh polis dalam meleraikan ribuan penunjuk perasaan di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia.



Wisma Putra telah menafikan dakwaan Wall Street Journal dengan berkata “penunjuk perasaan di Kuala Lumpur telah berhadapan dengan “intimidasi” dan “ditekan” oleh pasukan keselamatan, sebagaimana disiarkan Selasa lalu.

“Untuk mendakwa bahawa perhimpunan Sabtu lalu bermakna Malaysia bukan negara demokrasi adalah silap,” kata Penolong Setiausaha Kementerian Luar Ahmad Rozian.

Menurut Ahmad, mengambil kira prestasi parti-parti pembangkang ketika pilihan raya umum lalu, “peti undi kekal saluran berkuasa dalam politik Malaysia.”

Meskipun Ahmad mengakui bahawa Perlembagaan Malaysia menyediakan peruntukan untuk mengadakan perhimpunan aman, “penganjur-penganjur protes memilih untuk menolak” tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar perhimpunan diadakan stadium berkapasiti besar, yang membolehkan ia diadakan tanpa menjejaskan keselamatan dan mengganggu kehidupan rakyat biasa Malaysia.

Sebaliknya kata beliau, penganjur meminta penyokong berhimpun di stadium yang kecil meskipun pada hakikatnya kemudahan itu tidak dapat digunakan.

Penganjur perhimpunan Bersih 2.0 memohon mahu menggunakan Stadium Merdeka.
Bersih 2.0 menerima tawaran Najib agar perhimpunan diadakan di stadium selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong ekoran titah nasihat baginda pada 3 Julai agar segala isu diselesaikan menerusi perundingan.

Bagaimanapun pentadbiran Najib berkata pihaknya bersedia untuk memberi permit polis jika penganjur sanggup mengadakannya di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Dalam penjelasannya Ahmad berkata, dalam menghadapi ribuan oang yang cuba memasuki lokasi yang tidak sesuai di kawasan yang padat penduduk, polis terpaksa bercampur tangan untuk menyuraikan kumpulan yang hadir.

“... tugas itu menjadi lebih sukar dengan kehadiran sekumpulan penunjuk perasaan minoriti yang mahu cetuskan keganasan,” kata Ahmad lagi.

Perhimpunan Bersih 2.0 susulan kepada kempen akhir 2007 mendapat liputan media asing termasuk BBC, Guardian, Al-Jazeera, Straits Times dan Jakarta Post.

Dalam temu bual dengan CNN semalam, Najib berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0.

“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata beliau.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” katanya

Selain itu, pentadbiran Najib juga menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Indonesia untuk menjelaskan pendirian kerajaan. DD 

PS: Aku malas komen, kau orang baca di SINI dan SINI  .. jgn lupa tonton video dibawah ni ... nilai sendiri



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular