Thursday, July 14, 2011

Najib ke Amerika untuk beli cincin RM24.4 juta


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Amerika Syarikat bermula 10 hingga 16 April- tarikh yang sama berlian berharga RM24.4 juta dibeli.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, mereka terbang ke negara itu untuk lawatan kerja ke Washington dan New York.

Mengikut laporan media 9 April lalu, Najib bersama Rosmah, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Mereka turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ketika di lapangan terbang.
Semalam, SAMM membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengenai bukti yang mengaitkan Rosmah dengan
pembelian berlian berkenaan.
Malaysiakini hari ini melaporkan berlian berkenaan berharga RM73 juta.
Namun Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, harga berlian itu bernilai RM24 juta berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh beliau.
Maklumat itu diperolehi pada 16 April lalu melalui satu unit belian “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” yang dibawa masuk melalui KLIA.
Berlian itu dieksport dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York
Nilai yang diistiharkan bagi berlian itu ialah RM 24,458,400.00, dengan catatan cukai RM0.
“Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan,” kata Chegu Bard dalam kenyataan medianya semalam.
Menurut Chegu Bard, belian tanpa cukai  itu mengingatkan kembali kepada usaha kerajaan  memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan di parlimen.
“Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup,” katanya. KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular