Wednesday, July 13, 2011

kerana rasa simpati pun tangkap dan di gari


LIHAT wajah perempuan ini baik-baik, tangannya diikat dengan cabel tight oleh Polis. Wanita lemah ini ditangkap oleh Polis semasa perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu di ibu negara.

Buat pengetahuan pembaca semua, wanita ini tidak membunuh seekor semut pun, tidak memetik sekuntum bunga pun milik kerajaan apa lagi menjentik hidung Polis. Tapi tangannya diikat oleh Polis kerana menurutnya, dia membantah apabila empat orang Polis memukul seorang budak Melayu. Lihat sendiri video di bawah ini.


Bayangkan, kerana tindakan dari rasa simpati di hatinya melihat rakyat Malaysia yang lain dipukul di depan matanya, dia diikat dan ditangkap. Adakah wanita ini menipu? Lihatlah, dengar dan nilai. Tanya hati anda adakah wanita ini sengaja menyebabkan dirinya ditangkap agar dia boleh berpura-pura marah dan menipu semua orang?

ReJaM© "Inilah akibatnya bila Polis menjadi alat penguasa yang zalim..."


Demo LaNie :  Siapa kata cina nak BERPERANG dgn Melayu? saya TABIK pada wanita CINA Sabahan ini.. dia membantah apabila empat orang Polis memukul seorang budak Melayu.. 

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/wanita-ini-ditangkap-dan-digari-kerana.html#ixzz1S0M9Y1mH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular