Wednesday, July 13, 2011

Laporan pro-BERSIH 2.0, akhbar Cina ditegur?

Editor kanan tiga akhbar Cina dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri semalam, dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.


Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.

Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.

Tiada amaran

"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati,” kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.
chinese newspapers bersihBeliau pada mulanya menafikan mesyuarat seumpama itu berlangsung tetapi mengakuinya setelah disahkan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam.

Abdul Aziz juga enggan mendedahkan jika mesyuarat itu ada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu tetapi hanya berkata mereka membincangkan “pelbagai isu”.

Menurut beliau tidak ada amaran lisan diberikan.

Apabila ditanya sama ada surat tunjuk sebab akan dikeluarkan, beliau berkata: “Saya dah beritahu, tiada amaran”.

Beliau juga enggan mendedahkan akhbar Cina mana yang diminta menghantar perwakilan mereka ke mesyuarat berkenaan.

Adalah difahamkan akhbar berkenaan adalah Sin ChewNanyang Siang Pau dan China Press.

Ketiga-tiga akhbar dimiliki oleh jutawan media Tan Sri Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Ltd - MK.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular