Thursday, July 14, 2011

Jaringan Melayu Merapu (JMM)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnH0bUtXRW1_I78crN3wbBWzvCFrzdaTRMVy6Oh02bDuYv6SxoWJsHMoz_GJAfdrcnzt8jjTSWdWNEyd_7-6LdLAq2VXfMwI7SLOwaFyYVCok0IYVD0NUkGzbnCW2yYRBP1tbZV67TTRYk/s1600/IDRIS.JPGOleh Ustaz Idris Ahmad
JMM, Jaringan Melayu Malaysia elok ditukar kepada Jaringan Melayu Merapu. Sesuai dengan budaya dan pemikiran pemimpin pertubuhan ini yang merapu dan mengampu dalam memperkatakan isu politik di negara ini.

Terbaru Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah mencadangkan Parti Islam SeMalaysia ditukar kepada Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS) kerana menyertai himpunan Bersih.


JMM marah bukan kerana Ambiga tetapi kerana kuasa politik umno tergugat yang beliau ada kepentingan di dalam umno. Jika benar JMM memperjuangkan Melayu kenapa mereka diam membisu isu-isu pencabulan terhadap maruah melayu seperti isu tanah kampung baru, tanah rezab Melayu yang tergadai daripada 3 juta hektar selepas merdeka sekarang hanya berbaki 1.7 juta hektar.
Rupa Melayu JMM
Mana suara JMM ketika  tanah  Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura.

Mereka menyinga ketika kepentingan umno hilang, tetapi menikus ketika hak Melayu tergadai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular