Saturday, May 14, 2011

Man United bolot juara liga ke-19

LONDON: Keputusan seri 1-1 dengan Blackburn Rovers sebentar tadi sudah mencukupi buat Manchester United dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris untuk rekod kali ke-19.

United yang hanya memerlukan satu mata untuk dua baki perlawanan liga musim ini, nyata menjadi kenyataan bagi menepis saingan Chelsea di kedudukan kedua liga.




Blackburn bagaimanapun mengejutkan United pada minit ke-23 menerusi jaringan Brett Emerton' tetapi Javier Hernandez dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-74.




Pengadil yang memberikan penalti dan ia disudahi kemas Wayne Rooney. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular