Thursday, May 12, 2011

Barcelona juara

VALENCIA - JUARA PRIMERA SEPANYOL.....Pemain Barcelona merayakan kejayaan mereka memenangi kejuaraan liga Primera Sepanyol.


Pada perlawanan menentang Levante yang berkesudahan seri 1-1 sekali gus mengesahkan kejuaraan liga milik Barcelona. - foto EPA

Barcelona menjuarai liga Sepanyol untuk tiga musim berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Levante, sekali gus meraih kejuaraan domestik ke-21 dengan baki dua perlawanan. 


Barcelona hanya memerlukan satu mata untuk mengekalkan kejuaraan itu dan menjadi pasukan pertama memenanginya tiga musim berturut-turut sejak 1993 apabila "Pasukan Impian" Johan Cruyff mereka memenangi kejuaraan untuk empat musim berturut-turut.

Pemain tengah, Seydo Keita menanduk masuk pada minit ke-27 Felipe Caicedo untuk Barcelona mendahului tetapi Felipe Caicedo menyamakan kedudukan pada minit ke-40. -AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular